PeribahasaRumah gedang bersendi perak.TakrifBangsawan lagi kaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCacing menelan naga.TakrifAnak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Seekor cacing menelan naga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti permata salah serudi.TakrifOrang bangsawan yang tidak berpengetahuan dan tiada tahu sopan santun.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNaga ditelan ular lidi.TakrifAnak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak sama air hujan dengan air telaga.TakrifOrang bangsawan dengan orang biasa tidak sama derajatnya (darjatnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah mati dicatuk katak.TakrifOrang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah ditelan ular lidi, c. Mati dicatuk katak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah ditelan ular lidi.TakrifOrang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGajah dialahkan oleh pelanduk.TakrifOrang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan bagai babi merasa gulai.TakrifOrang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan. Bandingkan dengan: Babi merasa gulai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMatilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya.TakrifOrang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |