PeribahasaMembangkit-bangkit batang terendam.TakrifMengadakan sesuatu yang telah lama hilang (seperti mengangkat penghulu, ketua dan sebagainya yang sudah lama tidak ada). (Bandingkan dengan: Membalik-balik mayat di kubur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembalik-balik kaji.TakrifMembangkit-bangkit perkara yang telah lama.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri.TakrifHendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri). uri = tembuni.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit.TakrifTerlalu lemah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata tidur, bantal berjaga.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata kejam, bantal membuat ragam.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang). ragam = tingkah laku.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah.TakrifHendak berlagak seperti orang tua-tua. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri, b. Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangkit |
|
Puisi |
---|
|
Rumah kecil tiangnya empat, Bangkit pagi merebus ketupat; Pecah tempurung katak melompat, Barulah tahu timur dan barat.
Lihat selanjutnya... |
|