PeribahasaSambang penuh jala terletak, laut kering ikan mengempas.TakrifUsaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaEmbacang buruk kulit.TakrifKelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga.TakrifSesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya. lelar = berulang-ulang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.TakrifJika hendak membuat pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-lebihan sehingga tidak pada tempatnya, dan pekerjaan yang jahat hendaklah dihindarkan sama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekali lancung keujian, seumur hidup orang tak percaya.TakrifSekali ketahuan kelakuan yang tak baik, selama hidup orang tidak percaya lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata baik sekali |
|
Puisi |
---|
|
Orang darat menunggang kuda, Kuda ditunggang laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.
Lihat selanjutnya... |
|