PeribahasaBahaya tumbuh, sengketa habis.TakrifPerselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat.TakrifSudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDisangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan.TakrifMendapat bahaya kerana memandang ringan akan perkara (bahaya) yang kecil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSi bodoh hendak melepaskan jerat di kaki, terjerat leher.TakrifJika tidak pandai melepaskan diri daripada bahaya yang kecil maka mungkin terlibat ke dalam bahaya yang lebih besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan merempuh sarang lebah.TakrifBahaya jangan dicari-cari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jangan menggerak ular tidur, b. Jangan menggegai sempada di bawah batang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan menggerak ular tidur.TakrifBahaya jangan dicari-cari.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGetu sementara lagi bintik.TakrifSesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMarahkan tikus rengkiang dibakar.TakrifTakutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjolok sarang tabuan.TakrifSengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak badak dihambat-hambat, b. Mengusik anjing tidur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSelompat hidup, selompat mati.TakrifMenghadapi bahaya maut (perempuan yang susah bersalin atau orang yang sakit berat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |