PeribahasaElok palut pengebat kurang.TakrifTampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik. palut = balut, bungkus; kebat = ikat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDendang menggonggong telur.TakrifPerempuan hodoh berpakaian bagus. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai gagak menggonggong telur).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai gagak menggonggong telur.TakrifPerempuan hodoh berpakaian bagus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerteras keluar bagai pimping.TakrifKelihatan di luar bagus (kaya dan sebagainya), tetapi sebenarnya sangat melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai umang-umang.TakrifOrang yang suka berpakaian bagus tetapi bukan miliknya sendiri. umang-umang = ketam di laut.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti delima merekah.TakrifMulut dan gigi yang bagus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMemakan hendak lemang, membeli hendak pelo.TakrifInginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGenta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin.TakrifOrang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. dek gerindin = kena sebangsa penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSangkar emas, tenggeran suasa.TakrifLelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti bisai makan sepinggan.TakrifSesuatu yang sangat patut dan sesuai. bisai = elok, bagus.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |