PeribahasaSerumpun bagai serai, selubang (= seliang) bagai tebu.TakrifSeia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSerangkap bak lembing, serumpun bak serai.TakrifSeia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeliang bagai tebu, serumpun bagai serai.TakrifSeia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Sekebat bagai sirih, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeikat bagai sirih, serumpun bagai serai.TakrifSeia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sekebat bagai sirih, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekebat bagai sirih.TakrifSeia-sekata; sehina semalu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, b. Seliang bagai tebu, serumpun bagai serai, c. Serangkap bak lembing, serumpun bak serai, d. Serumpun bagai serai, selubang [= seliang] bagai tebu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tembilang bagai penggali; begitu yang hilang begitu pengganti.TakrifYang diganti sama dengan yang hilang. tembilang = alat penggali lubang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai lesung dengan antan.TakrifSangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai kacang direbus satu.TakrifMelonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jelongak kerbau rampung.TakrifOrang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai jawi terkurung siang.TakrifSangat gelisah kerana tidak bebas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagai |
|
Puisi |
---|
|
Pisau lipat di atas geta, Ilmu jatuh ke padang; Bagai disifat bagai dipeta, Haram tak jemu mata memandang.
Lihat selanjutnya... |
|