PeribahasaBagai melihat asam.TakrifIngin sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKeluk paku asam (= kacang) belimbing; anak dipangku kemanakan dibimbing.TakrifAnak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai garam dengan asam.TakrifSepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai asam dengan garam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebagai asam dengan garam.TakrifSepadan benar; akan bertemu juga akhirnya, (tentang lelaki dan perempuan yang memang jodohnya). (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai garam dengan asam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGaram di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga.TakrifPerempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga.TakrifPerempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTua-tua terung asam, makin tua selera makin tajam.TakrifOrang tua yang kemuda-mudaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata asam |
|
Puisi |
---|
|
Bukan asam sebarang asam, Asam kandis dari seberang; Bukan hitam sebarang hitam, Tidak puas mata memandang.
Lihat selanjutnya... |
|