PeribahasaUsul-usul; asal-asal; asal jangan ditinggalkan.TakrifMengerjakan sesuatu hendaklah dengan hati-hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan.TakrifSebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah.TakrifTidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Asal berinsang ikanlah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan.TakrifTabiat orang tak mungkin berubah. (Peribahasa lain yang sama makna: Asal ayam hendak ke lesung, asal itik hendak ke pelimbahan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya.TakrifSangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal ditugal, adalah benih.TakrifSesuatu usaha tentu ada hasilnya. tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal berisi tembolok senang hati.TakrifSudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal berinsang ikanlah.TakrifTidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal ada kecil pun pada.TakrifKalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsal sabut terapung, asal besi tenggelam.TakrifUntung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |