PeribahasaApi padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi.TakrifCerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi nan tak kunjung padam.TakrifSemangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi kecil baik dipadam.TakrifBasmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.TakrifKejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApi dengan air, alangkah bezanya.TakrifJahat dengan baik amat jauh bezanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan.TakrifKejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMeniup api di atas air.TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti api memakan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi.TakrifMarabahaya yang tak dapat ditolak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti api dengan asap.TakrifPertalian yang tak dapat dipisahkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak cetus api.TakrifSangat cepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |