PeribahasaApabila tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga akan gantinya.TakrifGanti yang hilang mestilah yang sama pula. tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaApabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang.TakrifHasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.TakrifPerbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis hulubalang bersiak.TakrifApabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum ditumbuk belumlah bengkak.TakrifApabila sudah berbudi barulah ada tanda balas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHilang bahasa lenyap bangsa.TakrifApabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLalu penjahit, lalu kelindan.TakrifApabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Lulus [= lalu] jarum, lulus [= lalu] kelindan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada biduk karam sebelah.TakrifApabila seseorang mendapat kecelakaan, tentu kaum keluarganya akan ikut menolong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKasih tidak bersekutu dengan bijak.TakrifApabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPunggur rebah, belatuk menumpang mati.TakrifApabila orang tempat berlindung jatuh miskin (kalah dan sebagainya), maka orang-orang yang berlindung atau anak buahnya pun akan mendapat bencana juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |