PeribahasaAntara dua tengah tiga.TakrifSakit hampir mati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDegar-degar merapati.TakrifPerselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMasak durian, masak manggis.TakrifPerbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSekatalah jengkal dengan jari.TakrifBersesuaian antara pekerjaan dengan orang yang membuatnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLupa mengingatkan, terlelap menjagakan.TakrifIngat mengingatkan antara orang yang bersahabat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertelingkah bagai antan di lesung.TakrifBerselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBunyi semacam kumbang menyeri bunga.TakrifBunyi percakapan yang lemah antara kedengaran dengan tiada.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdua terkunci, bertiga terbuka.TakrifRahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga.TakrifPerkahwinan antara kaum keluarga sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBanyak air sedikit minyak, minyak juga di atas.TakrifKedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |