PeribahasaAntan patah, lesung hilang.TakrifKemalangan yang bertimpa-timpa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang.TakrifDua orang berselisih tentang wang atau harta, orang lain (orang tengah) juga yang mendapat untung. bertelingkah = berselisih.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti antan pencungkil duri.TakrifTak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Alu pencungkil duri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertelingkah bagai antan di lesung.TakrifBerselisih faham di antara orang yang sama satu pekerjaan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCanggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi).TakrifMelakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLesung mencari antan (= alu).TakrifPerempuan mencari lelaki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai lesung dengan antan.TakrifSangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai empedu lekat di hati, b. Bagai inai dengan kuku, c. Bagai kuku dengan isi [= daging]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSemut dipijak tak mati, antan dilanda patah tiga.TakrifPerjalanan seorang perempuan yang baik, tidak terlampau lambat dan tidak pula terlampau cepat, tetapi kuat dan tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: Semut terpijak tidak mati, alu tertarung patah tiga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTergerenyeng-gerenyeng bagai anjing disua antan.TakrifMenepi-nepi kerana hendak lari, sebab ketakutan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala.TakrifSuatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |