PeribahasaBelayar atas angin.TakrifBerbuat sesuatu atas belanja orang lain. atas angin = jurusan dari mana angin datang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam.TakrifBerita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin bersiru, kami tahu.TakrifSudah tahu akan niat seseorang. bersiru = beralih tujuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngin berputar, ombak bersabung.TakrifPerkara yang amat sulit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenjaring angin.TakrifPerbuatan yang sia-sia belaka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda angin, ada pokoknya (= pohonnya).TakrifSegala sesuatu mestilah ada asal mulanya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKe mana angin yang deras, ke situ condongnya.TakrifPendirian yang tidak tetap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahu di angin turun naik.TakrifTahu akan alamat tentang sesuatu peristiwa yang bakal terjadi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTahu di angin berkisar.TakrifTahu akan perubahan hati seseorang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTeraju palingan angin, hati palingan Tuhan.TakrifPendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Neraca palingan Allah, mata palingan setan, b. Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |