PeribahasaAngan-angan mengikat tubuh.TakrifBesusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngan-angan menerawang langit.TakrifSelalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSiang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi.TakrifTak pernah dilupakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAsyik memangku tangan, mati dalam angan-angan.TakrifTak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha. (Peribahasa lain yang sama makna: Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGila di abun-abun.TakrifMengangan-angankan sesuatu yang mustahil. abun-abun = angan-angan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu.TakrifTak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAngan lalu, faham tertumbuk.TakrifSesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum berkuku hendak mencubit (= menggaruk).TakrifBelum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas. (Peribahasa lain yang sama makna: Belum bergigi sudah hendak menggigit).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBelum bergigi sudah hendak menggigit.TakrifBelum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau tak bermeriam, baiklah diam.TakrifOrang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |