PeribahasaSebagai di rumah induk bako.TakrifMerasa aman dan tenteram. bako = sekalian keluarga daripada pihak bapa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti air dalam talam.TakrifNegeri yang aman sentosa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir jernih, ikannya jinak.TakrifNegeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDi mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam.TakrifDi mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya. kelintung (kelentong) = genta kayu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaRumah terbakar tikus habis lari (= keluar).TakrifApabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.TakrifKalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |