PeribahasaAlu pencungkil duri.TakrifTak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti antan pencungkil duri).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDientak (hentak) alu luncung.TakrifDialahkan oleh orang yang bodoh. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ditembak petus tunggal). luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGuna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan.TakrifDigunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghendaki pucuk alu.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti lonjak alu penumbuk padi.TakrifBerjalan dengan langkah yang gagah kerana suka atau sombong.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta pucuk pada alu.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta tanduk pada kuda.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta sisik pada limbat.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMinta tulang kepada lintah (= lidah).TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya, b. Menghendaki pucuk alu, c. Menghendaki urat lesung, d. Minta pucuk pada alu, e. Minta sisik pada limbat, f. Minta tanduk pada kuda).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLesung mencari antan (= alu).TakrifPerempuan mencari lelaki.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |