PeribahasaAlim biasa menghukum syarak.TakrifHanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAlim bagai katak di tepi air.TakrifOrangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSukar kaji pada orang alim, sukar wang pada orang kaya.TakrifOrang pandai-pandai memutuskan sesuatu perkara sesudah mempertimbangkannya dalam-dalam; orang kaya mengeluarkan wang kalau ternyata ada untungnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPenghulu disanjung dengan adatnya, orang alim disanjung dengan hajinya, orang muda disanjung dengan manjanya.TakrifMemuji orang hendaklah dengan pujian yang wajar, mengambil hati orang hendaklah dengan perkara-perkara yang disukainya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKenal dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya).TakrifOrang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMati gajah meninggalkan gading, mati manusia meninggalkan nama.TakrifOrang kaya mati meninggalkan harta, orang alim meninggalkan ilmunya dan orang berjasa meninggalkan nama yang baik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSyak fasik, yakin salih; batu jadi juadah.TakrifDengan yakin maksud tercapai. fasik = jahat; salih = alim.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata alim |
|
Puisi |
---|
|
Tak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.
Lihat selanjutnya... |
|