PeribahasaDibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam.TakrifAlam rohani yang tak berbatas. balun = gulung.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak.TakrifMendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalau dibalun sebalun kuku, kalau digumpal segumpal tanah.TakrifAlam rohani yang tak terbatas. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMatilah kuman kena pelantik, sekalian alam melimpah darahnya.TakrifOrang biasa yang kahwin dengan orang bangsawan, sehingga menjadi buah percakapan di merata-rata tempat. pelantik = belantik, tombak yang berpegas untuk membunuh binatang perburuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata alam |
|
Puisi |
---|
|
Belahnya belum bunyinya malam, Bunyi di darat rumah penghulu; Allah belum menjadikan alam, Barang bersurat dari dahulu.
Lihat selanjutnya... |
|