PeribahasaSementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah.TakrifSementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak, b. Sementara menanti pada masak, berjagung-jgunglah dulu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaik berjagung-jagung, sementara padi belum masak.TakrifSementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sementara menanti padi masak, berjagung-jagunglah dulu, b. Sementara mendapat rotan, akar-akar pun jadilah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.TakrifDaripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang. jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya.TakrifOrang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar, b. Ular menyusur akar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTak akan hilang bisa ular yang menyusur di bawah akar.TakrifOrang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya, b. Ular menyusur akar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkal akar berpulas tak patah.TakrifOrang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBergantung pada akar lapuk.TakrifBerharapan kepada orang yang tak berkuasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTidak dihambat akar, dihambat dahan.TakrifSesuatu pekerjaan yang telah dikerjakan dengan selamat dari mula sampai ke akhirnya. hambat = empang, tahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTiada rotan, akar pun berguna (= jadi).TakrifKalau tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.TakrifKelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rujukan |
Peribahasa Inggeris |
Makna |
Peribahasa Melayu |
Contoh Bahasa Inggeris |
Contoh Bahasa Melayu |
Sumber |
212 | When all fruit fails, welcome haws | Apabila sesuatu yang kita inginkan tiada atau tidak diperoleh maka kita hruslah menerima apa sahaja yang ada dengan rasa syukur meskipun ia tidak seperti yang dikehendaki. | Tiada rotan, akar pun berguna | During the war, we survived on cassavas or sweet potatoes since our rice fields were bombed by Japanese - when all fruit fails, welcome haws. | Semasa perang, kami makan ubi kayu atau keledek kerana sawah kami dibom oleh Jepun - tiada rotan, akar pun berguna. | Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata akar |
|
Puisi |
---|
|
Tetaklah akar akar merah, Semut meniti di dalam talam; Badan berpeluh mataku merah, Angkat mengucap di tengah malam.
Lihat selanjutnya... |
|