PeribahasaAkal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba.TakrifSegala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkal sebagai makan nasi lecek.TakrifFikiran seperti anak-anak.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkal labah-labah; di gua buruk suka merakut.TakrifOrang jahat yang suka menipu orang. merakut = memasang jaring.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAkal akar berpulas tak patah.TakrifOrang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHabis akal baru tawakal.TakrifBerserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar. tawakal = berserah diri kepada Tuhan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi).TakrifSangat luas dan banyak pengetahuan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMain akal (= budi).TakrifMengenakan tipu daya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira.TakrifRupanya salih, tetapi hatinya amat jahat; munafik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaut budi tepian akal (= ilmu).TakrifOrang cerdik pandai atau cendekiawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal.TakrifTiap-tiap sesuatu ada dengan kelebihannya masing-masing. radai = sirip.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |