PeribahasaBiar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali.TakrifLebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBengkok batang bengkoklah bayangnya.TakrifMengikut ajaran yang salah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenyurat di atas air.TakrifMemberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menulis di atas air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenulis di atas air.TakrifMemberi ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyurat di atas air).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDaun keladi dimandikan.TakrifMemberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu, c. Kalis bagai air di daun keladi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti lurus-lurus telunjuk.TakrifMengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencurah air di daun keladi.TakrifMemberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai air titik ke batu.TakrifMemberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas]).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai tulisan di atas air.TakrifMemberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Air di daun keladi [= talas], b. Bagai air titik ke batu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir di daun keladi (= talas).TakrifMemberi nasihat dan ajaran yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu, b. Kalis bagai air di daun keladi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |