PeribahasaRaja adil raja disembah, raja tak adil (= zalim) raja disanggah.TakrifRaja yang adil disayangi dan raja yang tak adil dilawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTimbangan berat sebelah.TakrifTidak adil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDuduk dengan cupak dan gantang.TakrifKetua yang adil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBak ajung berat sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai limau masam sebelah, b. Bagai perahu karam sebelah). ajung = jung, sebangsa kapal.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai perahu karam sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai limau masam sebelah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai limau masam sebelah.TakrifHukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaGagak lalu punggur rebah.TakrifOrang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMatahari itu, gunung dan lembah sama diteranginya.TakrifPemerintah yang adil menjalankan hukuman yang sama rata.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNeraca yang palingan, bungkal yang piawai.TakrifHakim yang sangat adil. piawai = pandai, cakap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTegak pada yang datar.TakrifBerani kerana benar; sikap yang adil.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |