PeribahasaBiar mati anak jangan mati adat.TakrifAdat yang tidak boleh dilanggar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat bersendi syarak, syarak bersendi adat.TakrifPergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat tua menahan ragam.TakrifOrang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat pasang berturun naik.TakrifApa jua pun benda di dunia ini tak tetap keadaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat orang mengail, kalau ikan terlepas tentulah besar.TakrifUsaha yang besar kalau tidak berhasil, tidaklah mendatangkan malu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat muda menanggung rindu.TakrifOrang hidup harus menanggung berbagai-bagai percubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat lurah timbunan sarap.TakrifOrang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat juara kalah menang.TakrifTiap-tiap usaha ada laba ruginya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat gajah terdorong.TakrifOrang yang berkuasa kerap kali menyalahgunakan kekuasaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAdat dunia balas-membalas, syariat palu-memalu.TakrifYang baik dibalas dengan yang baik dan yang buruk dibalas dengan yang buruk; manusia yang hidup mestilah bertolong-tolongan antara satu sama lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |