PeribahasaCekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.TakrifBelum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Bandingkan dengan: Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga.TakrifBelum cukup umur sudah hendak beristeri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok.TakrifHilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah lidah alamat ('kan) kalah, patah keris alamat ('kan) mati.TakrifApabila alat-alat sudah tidak ada lagi maka alamat tidak selesailah pekerjaan itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTali putus keluan putus.TakrifAnak muda yang berbuat sekehendak hatinya, kerana orang yang menjaganya sudah tidak ada lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersesak berundur-undur, hendak lari malu, hendak menghambat tak lalu.TakrifBerpura-pura melawan, meskipun kesanggupan sudah tidak ada lagi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaJangan bersandar di punggur.TakrifTidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCekur jerangau belum habis lagi.TakrifBelum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Peribahasa lain yang sama makna: Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBertampuk bertangkai.TakrifPerjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti yang dapat dipegang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah kemudi dengan (e)bamnya.TakrifSudah tak ada harapan lagi. bam = kayu papan balok tumpuan kemudi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Ada satu Mamak Pelikat, Lima tahun balik negeri; Bubu kuhimpit lagi kuikat, Kalau tak kena kupasang lagi.
Lihat selanjutnya... |
|