Dewan Bahasa & Pustaka Display virtual keyboard interface  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah.

Takrif

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada ubi ada talas, ada budi ada balas.

Takrif

Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat; tiap-tiap aksi ada reaksinya. (Bandingkan dengan: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada bukit, ada paya.

Takrif

Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas.

Takrif

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas.

Takrif

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada umur ada rezeki.

Takrif

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada nyawa ada rezeki).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada nyawa ada rezeki.

Takrif

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada hari, ada nasi, b. Ada umur ada rezeki).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada hari, ada nasi.

Takrif

Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada nyawa ada rezeki, b. Ada umur ada rezeki).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada laut, ada perampok.

Takrif

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada jarum hendaklah ada benangnya, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ada jarum hendaklah ada benangnya.

Takrif

Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ada laut, ada perampok, b. Ada ulam hendaklah ada sambalnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ada

Puisi
 

Sirih ada pinang pun ada,
     Saja saya tak bubuh di tepak;
Kasih ada sayang pun ada,
     Sajalah saya tak beri nampak.



Lihat selanjutnya...