PeribahasaSeperti abu di atas tunggul, datang angin terbanglah dia.TakrifKedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, sewaktu-waktu dapat dipecat dan sebagainya. (Peribahasa lain yang sama makna: Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBerdiang di abu dingin.TakrifTidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKalah jadi abu, menang jadi arang.TakrifKalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSudah jadi abu arang.TakrifRosak sama sekali.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti sumpit abu ditegakkan.TakrifOrang gemuk, pendek dan lembam.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTerpegang di abu hangat.TakrifKecewa dalam suatu cita-cita atau pekerjaan; mencampuri sesuatu yang menyusahkan saja.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBasuh tangan petap abu.TakrifBerharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBakar air hendakkan abu.TakrifPekerjaan yang sia-sia.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas.TakrifPerselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali. (Peribahasa lain yang sama makna: Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBakarlah air ambil abunya.TakrifPekerjaan yang sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: Bakar air hendakkan abu).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |