PeribahasaTentang mata dengan mata.TakrifBerhadap-hadapan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBersultan di mata, beraja di hati.TakrifMenuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati.TakrifMenuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata telah rabun, bandar pun terbuka; gigi telah gugur, tebu pun menjadi.TakrifKeinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gigi tanggal, rawan murah, b. Gigi telah gugur, tebu pun menjadi).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata belalang belum pecah, sudah hendak membuta.TakrifTerlalu lekas masuk ke tempat tidur. membuta = tidur.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata satu pertemuan, mata dua perceraian.TakrifKasih yang tidak berbelah bagi akan mengekalkan kerukunan hidup suami isteri, sedangkan kasih yang berbelah bagi akan mengakibatkan perceraian.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMata tidur, bantal berjaga.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang, b. Mata kejam, bantal membuat ragam).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeraja di mata, bersultan di hati.TakrifMenurut kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBeraja di hati, bersultan di mata.TakrifMenuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersultan di mata, beraja di hati, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang.TakrifPerempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mata kejam, bantal membuat ragam, b. Mata tidur, bantal berjaga).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mata; |
|
Puisi |
---|
|
Cik Buang pergi ke kedai, Belikan saya sebatanglah tiang; Jangan kata saya tak pandai, Mata tak tentu mata keranjang.
Lihat selanjutnya... |
|