Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Kedua-dua kata sendi nama tersebut boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Contoh ayat: pada: Terdapat luka pada bibir abang. di: Bacaan zikir tidak lekang di bibirnya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 265 dan 274. |