Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ejaan Jawi se-Malaysia, sin + sempang + min-lam-ya-sin-ya-alif atau sin digabungkan menjadi sin-min-lam-ya-sin-ya-alif? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah . | Ejaan | 14.04.2012 |
Mana satukah yang betul? - ya Allah - Ya Allah | Ejaan yang betul ialah "ya Allah". | Ejaan | 10.12.2015 |
1. "Hmm... bagaimana, ya?" atau "Hmm... bagaimana ya?" 2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" atau "Kamu mahu ke mana Rahim? | 1. "Hmm... bagaimana ya?" 2. "Kamu mahu ke mana, Rahim?" dan "Kamu mahu ke mana Rahim? Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan. | Ejaan | 13.10.2011 |
Salam tuan, Apakah perbezaan antara : 1. Ya Allah, ampunkan dosa kedua-dua ibu bapaku. 2. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kedua-dua ibu bapaku. 3. Ya Allah, ampunkan dosa guru-guru kami. 4. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa guru kami. 5. Ya Alllah, ampunkan dosa-dosa guru-guru kami. | Kedua-dua digunakan dalam konteks 'both' - kedua-dua ibu bapa, kedua-dua pegawai dan sebagainya, manakala dosa-dosa pula menunjukkan jamak (banyak dosa), sama sperti perkataan guru-guru menunjukkan ramai guru. | Tatabahasa | 23.03.2010 |
Perkataan *beriani tiada tanda pecahan suku kata. Adakah *be.ri.a.ni empat suku kata? atau *be.ria.ni tiga suku kata? Mengikut ejaan jawi *ba+ra jadi *ber, *ya+alif jadi *ya, dan *nun+ya jadi *ni - tiga suku kata. Tapi *be.ri.a.ni berlaianan ejaannya, kecuali *ber.ya.ni baru menepati ejaan jawi. Mengikut penggalan bunyi seperti ejaan kemasukan *be.ri.a.ni adalah empat suku kata. | Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan pihak tuan. Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata bagi "beriani" ialah be.ria.ni dan ejaan Jawi yang betul ialah "".
| Lain-lain | 26.06.2022 |
Salam sejahtera tuan/puan, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai kaedah pengejaan diftong [ei] (taling) dalam tulisan Jawi yang digunakan oleh DBP. Berdasarkan penelitian saya, terdapat ketidakseragaman dalam pengejaan diftong [ei] dengan sekurang-kurangnya empat cara berbeza: # 1. Ya sahaja: - kaleidoskop: - kempeitai: - gay: (KDP 2020) # 2. Ya + Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - gay: (PRPM terkini) - aparteid: - teisme: # 3. Ya + Ya: - kafein: - esei: # 4. Hamzah (Alif Maksurah) + Ya: - Kei: Justeru, saya ingin mengetahui **apakah kaedah atau prinsip yang digunakan pihak DBP untuk menentukan cara pengejaan yang sesuai bagi setiap perkataan yang mengandungi diftong [ei]?** Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera tuan/puan. Secara asasnya, bunyi [ei] tidak tergolong sebagai diftong bahasa Melayu. Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, huruf diftong terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu: [ai], [au], dan [oi] Bunyi [ei] merupakan gabungan vokal yang lazimnya muncul dalam kata pinjaman, khususnya daripada bahasa Inggeris dan bahasa asing lain. Oleh itu, kaedah pengejaannya dalam tulisan Jawi tidak tertakluk kepada pola diftong bahasa Melayu dalam tulisan Rumi. Bagi tujuan penyeragaman ejaan gabungan vokal [ei], huruf digunakan sebagaimana yang terdapat dalam beberapa contoh ejaan dalam KDP 2020 yang tuan/puan nyatakan. Pada masa yang sama, DBP sedang giat mengemas kini dan menyeragamkan ejaan Jawi, termasuk membetulkan bentuk ejaan yang dikenal pasti mempunyai kesilapan teknikal. | Ejaan | 11.08.2025 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'Puan' di dalam dialog. " Ya, Puan." atau "Ya, puan." Sekian, terima kasih. | Penggunaan yang betul : "Ya, puan". | Lain-lain | 15.12.2014 |
Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat. soalan: adakah noktah (.) di dalam dialog ( di bawah) atau seperti di atas? Alhamdulillah, Mama dapat pergi haji. Ya Allah, Mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat. | Penggunaan noktah yang betul dalam dialog ialah “Alhamdulillah, mama dapat pergi haji. Ya Allah, mama dapat pergi haji. Awak jangan sedih ya. Mama pergi untuk beribadat.” | Lain-lain | 03.02.2022 |
ya allah | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Mohon nyatakan pertanyaan dengan lengkap dan jelas. | Lain-lain | 20.02.2023 |
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Soalan saya, Pencipta dalam ayat ini seharusnay ditulis dengan huruf besar Pencipta atau pencipta? | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, pencipta perlu ditulis dengan huruf kecil, melainkan jika perkataan tersebut berada di permulaan ayat. | Tatabahasa | 14.02.2019 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ya |
|
Puisi |
---|
|
Ya Allah Tuhan Yang Esa, Dikenak patuk ular yang bisa; Jika diturut hatiku suka, Jika tak luka badan binasa.
Lihat selanjutnya... |
|