Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah ayat berikut betul; 1. Taman Wawasan sedang mengadakan Hari Keluarga di Padang Sri Wawasan. 2. Hari Keluarga telah diadakan oleh Taman Wawasan di Padang Sri Wawasan. Dalam ayat itu , perlukah perkataan padang - " P " huruf besar???? 3. SJK ( C ) Tai Thung telah mengadakan Hari Sukan. | Saudara Peter, Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Ayat yang dikemukakan betul. Perkataan 'padang' dieja dengan huruf besar kerana Frasa 'Padang Sri Wawasan' ialah nama khas. | Tatabahasa | 21.07.2009 |
APAKAH DEFINISI SEKOLAH WAWASAN DALAM KONTEK HUBUNGAN ETNIK DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH. | Wawasan bermaksud pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara. Diharap tuan/puan merujuk Kementerian Pendidikan Malaysia untuk bertanyakan Sekolah Wawasan kerana kementerian tersebut mempunyai kertas/panduan tentang sekolah tersebut. | Lain-lain | 24.01.2007 |
Ayat manakah yang betul? (1) Kesimpulannya,kita haruslah.......agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan semata-mata laungan kosong. (2).....agar Wawasan 2020yang sering dilaung-laungkan tidak ditinggalkan laungan kosong semata-mata . | kedua-dua ayat tersebutadalah kurang tepat, ayat tersebut sepatutnya berbunyi - ... agar Wawasan 2020 yang sering dilaung-laungkan tidak tinggal laungan kosong semata-mata . | Tatabahasa | 11.09.2008 |
Saya ingin mendapatkan nama yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan VIP, Bilik Makan Guru, Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan. Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan di sekolah saya digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Jika ada nama yang seerti atau klasik saya berharap mendapat respons daripada DBP.Terima kasih. | Cadangan kami bagi bilik jamuan atau bilik makan guru, boleh digunakan bilik rehat sahaja atau sudut selera. Bagi bilik gerakan dan bilik wawasan boleh digunakan bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, atau bilik gagasan. Bilik gerakan dan bilik wawasan juga boleh dinamakan sempena nama tokoh terkenal dalam organisasi saudara. | Lain-lain | 08.01.2009 |
APAKAH DEFINISI SEKOLAH WAWASAN DARI SEGI BAHASA DAN ISTILAH? | Sekolah wawasan dari segi bahasa dan istilah menunjukkan konsep yang berpandangan jauh untuk mencapai objektif tertentu. | Makna | 24.01.2007 |
maksud perkataan 'beriltizam', 'menggapai', 'wawasan' | Beriltizam bermaksud keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu atau komitmen. Menggapai bermaksud menghulurkan tangan hendak mencapai atau memegang sesuatu manakala wawasan bermaksud fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal atau pandangan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Makna | 22.10.2009 |
Kaitkan peranan Bahasa Melayu dengan jatidiri dan wawasan negara. | Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan, Setiap rakyat harus mematuhi peruntukan ini. Kita perlu memelihara dan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita dan mempunyai rasa bangga dan megah diri terhadap bahasa kita. Untuk mencapai wawasan negara bM berperanan sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa perhubungan. | Lain-lain | 15.11.2007 |
selamat sejahtera tuan.apakah perbezaan antara visi dan misi?? | Visi bermaksud wawasan, manakala misi bermaksud tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan. | Makna | 11.07.2012 |
Apakah hubung kait peranan Bahasa Melayu dengan jati diri rakyat Malaysia dan wawasan negara | Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ada tiga ciri utama bangsa Melayu; beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Gabungan tiga unsur ini membentuk identiti yang unggul dan ampuh. Aspek kedua yang mesti dipertahankan ialah bahasa Melayu. Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada bangsa. Pepatah Melayu mengatakan bahasa jiwa bangsa. Kekuatan sesuatu bahasa terletak pada keupayaannya menjadi wahana ilmu yang dilambangkan menerusi penulisan dan komunikasi pelbagai bidang ilmu. Itulah jati diri Melayu asli, tulen dan murni. Jati diri yang mesti dipertahankan, dicontohi dan diteladani yang memperkembangkan sahsiah, keyakinan diri, keimanan, memperteguhkan semangat, jati diri dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan tanah air. | Lain-lain | 19.07.2007 |
Saya ingin mendapatkan nama lain yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan, Bilik Gerakan, Bilik Wawasan dan Kantin di sekolah saya. Saya berharap pihak tuan dapat menyenaraikan beberapa nama yang sesuai bagi menggantikan keempat-empat nama bilik tersebut.Jasa baik tuan amat dihargai. Terima kasih. | Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama bunga, tumbuhan,buah-buahan,batu-batan, bintang,batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolakan seperti . Sila rujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan. | Lain-lain | 04.02.2009 |