Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manakah yang betul dan tepat, urus tadbir atau tadbir urus? Terima Kasih. | Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance" | Istilah | 16.06.2012 |
Ejaan Urus setia adalah terpisah. Kenapa bila mengeja Urus setia, mesti U dan S mesti huruf besar? Sebab Urus setia adalah gabungan yang berpisah dari 'urusetia' maka, 'setia' saya rasa wajar jika menggunakan huruf kecil pada S, seperti ejaan bandar raya; Bandar raya Melaka. Mohon komen tuan munsyi juga | Perkataan urus setia ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan bandar raya juga kata nama am dan dieja dengan huruf kecil kecuali perkataan tersebut hadir dalam frasa kata nama khas seperti Bandar Raya Melaka Bersejarah. | Ejaan | 01.03.2012 |
KATA MAJMUK BERKAITAN "URUS SETIA" | Urus setia perlu dieja dengan dua perkataan. | Istilah | 15.02.2009 |
Adakah betul cara penulisan perkataan tersebut? 1. siaraya 2. atur cara 3. urusetia 4. urus niaga | Ejaan yang betul ialah siar raya, atur cara, urus setia dan urus niaga. | Ejaan | 29.08.2007 |
urusniaga --> urus niaga, kuatkuasa --> kuat kuasa, menggunapakai --> mengguna pakai | urus niaga, kuat kuasa, mengguna pakai | Tatabahasa | 10.07.2008 |
Yang Mana satu betul:- 1. Lantikan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. atau 2. Lantikkan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. - Mohon beri panduan berkaitan ejaan perkataan "Lantikan' atau "Lantikkan" Terima kasih. | Lantikan bermaksud tindakan melantik, iaitu mengangkat seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dan tidak ada kata lantikkan kecuali apabila kita menggunakannya dalam ayat perintah. Satu lagi kata terbitan ialah pelantikan yang merujuk perihal melantik. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah "Pelantikan sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program". | Tatabahasa | 17.07.2011 |
Salam, Saya ingin bertanya. Ejaan urus setia dekat atau jauh? | Ejaan yang betul ialah urus setia. | Ejaan | 15.02.2013 |
Adakah betul istilah " pindah urus " dan sekiranya betul apa maksudnya?. terima kasih | Istilah "pindah urus" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sekiranya ada istilah inggeris untuk perkataan ini, boleh dikemukakan kepada kami untuk diberikan padanan bahasa melayu yang sesuai. | Istilah | 05.01.2011 |
salam tuan, izinkan saya bertanya. betulkah perkataan "menguruskan" mempunyai dua kata dasar yang berlainan maksud, iaitu, urus dan kurus ? terima kasih | Betul, kata 'urus' dan 'kurus' kedua-duanya boleh diimbuhkan menjadi 'menguruskan'. makna 'menguruskan' bergantung pada makna kata dasar yang menbentuknya. | Tatabahasa | 27.05.2013 |
Adakah kata majmuk ex: kaki bangku / urus setia dan Kata ganda ex: lauk pauk / kusut masai/ gunung-ganang itu dikira satu perkataan?TQVM | Kata majmuk dikira sebagai dua patah perkataan seperti rumah kedai dan urus setia, manakala kata ganda dikira sebagai satu patah perkataan seperti pokok-pokok dan gunung-ganang. | Tatabahasa | 24.05.2011 |