Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Istilah "dekan pengasas" digunakan secara luas di universiti-universiti, namun tiada rujukan yang dapat diperoleh dari laman PRPM berhubung dengan istilah ini. Apakah maksud benar bagi istilah ini? Muhammad Qamarul Akmal bin Abd Wahab Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad | Untuk makluman, istilah "dekan pengasas" tidak terdapat dalam pangkalan data DBP. Istilah tersebut digunakan oleh pihak universiti dan mungkin dicipta oleh pihak universiti. Kami mencadangkan tuan menghubungi universiti yang menggunakan istilah tersebut untuk mendapatkan maksud "dekan pengasas". | Istilah | 04.02.2013 |
Salam... Benarkah kata pinjaman perlu disebut mengikut bunyi kata asal, bukannya secara sebutan baku? Contohnya: London (disebut Landen), bank (disebut beng), universiti (disebut yuniversiti) ? | Dalam sistem bahasa Melayu baku, stiap perkataan disebut seperti ejaan termasuklah bank (bank, bukan benk) dan universiti (universiti, bukan yuniversiti). Walau bagaimanapun nama tempat lazimnya disebut seperti asal kecuali telah diberi nama/sebutan dalam bahasa Melayu. Contohnya London kekal dengan sebutannya dan Phillipine disebut dalam teks Melayu sebagai Filipina. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
dimana dan bagaimanakah cara untuk saya belajar bahasa melayu klasik?terima kasih atas peluang yang diberikan untuk bertanya. | Silrujuk Fakulti Bahasa di pusat pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Universiti Putra Malaysia untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan kursus Bahasa Melayu Klasik. | Lain-lain | 02.03.2008 |
Ayat mana betul atau lebih tepat, ' Pihak universiti dengan ini merakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan puan di universiti ini' atau 'Dengan ini, pihak universiti merakamkan ucapan terima kasih di atas khidmat dan sumbangan yang telah puan berikan sepanjang perkhidmatan di universiti ini'. | Ayat kedua yang gramatis, 'Dengan ini, pihak universiti merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat dan sumbangan yang telah puan berikan sepanjang berkhidmat di universiti ini'. | Tatabahasa | 25.02.2011 |
Universiti dan institusi pengajian tinggi merupakan tunggak utama sistem pendidikan negara. Kedua-dua organisasi ini merupakan sumber peringkat tertinggi bagi menghasilkan anggota masyarakat berpendidikan yang menjadi teras 'survival' negara. Dalam kehidupan hari ini, negara-negara yang memiliki lebih ramai cerdik pandai yang mengetuai bidang-bidang penting dalam masyarakat seperti politik, ekonomi dan sosial akan lebih berpontensi untuk meneruskan kelangsungan masyarakat negara tersebut dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia moden.Bincangkan. | Jawapan untuk pertanyaan seperti ini memerlukan kajian, penyelidikan,rujukan dan pembacaan yang meluas. Saudara dinasihati membuat rujuka di Pusat Dokumentasi Melayu atau di perpustakaan ipt atau perpustakaan awam. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Assalamualaikum. mana satu yang betul? 'universiti mansurah, mesir' atau 'universiti mansoura, mesir' terima kasih | Oleh sebab penamaan ini adalah nama khas dan tidak didaftarkan di negara Malaysia, tidak ada satu sumber yang jelas untuk mengenal pasti ejaan yang betul. Sila hubungi pihak Kedutaan Mesir untuk mendapatkan maklumat tentang ejaan tersebut. | Ejaan | 24.10.2011 |
mana yang betul? Universiti Malaya (UM) atau UM (Universiti Malaya) | Jawapan yang betul ialah Universiti Malaya (UM). | Lain-lain | 05.05.2010 |
FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA BESAR DUNIA | Antara faktornya termasuklah bahasa Melayu yang telah menjangkau lebih 1000 tahun kewujudannya, penuturnya lebih daripada 300 juta orang di Asia Tenggara, bahasa keempat yang dipertuturkan di dunia, lebih 70,000 orang di China dan Sri Lanka menuturkannya, dan pengajian bahasa Melayu diwujudkan di universiti-universiti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Belanda, China, Jerman dan New Zealand. Selain itu, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi dalam bidang perdagangan, persuratan dan pentadbiran semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahasa Melayu juga mempunyai sistem yang mantap dari segi Linguistik sebagaimana bahasa-bahasa besar dunia yang lain seperti bahasa Inggeris. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku- buku sejarah bahasa Melayu dan tatabahasa bahasa Melayu yang dihasilkan oleh pakar-pakar bahasa Melayu danlayari juga laman Wikipedia bertajuk Sejarah Bahasa Melayu. | Lain-lain | 24.09.2007 |
Definisi Bagi Perkataan/jawatan Berikut: 1. Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3. Pendaftar Universiti 4. Bendahari 5. Pustakawan 6. Dekan 7. Pengarah 8. Timbalan Pengarah dan Timbalan Dekan 9. Ketua Jabatan dan Ketua Nic | 1. Naib Canselor = Ketua eksekutif atau ketua pentadbir sesebuah universiti. 2.Timbalan Naib Canselor = Penolong Ketua eksekutif atau penolong ketua pentadbir sesebuah universiti. 3.Pendaftar Universiti = pegawai yg bertanggungjawab tentang pendaftaran pelajar di universiti. 4.Bendahari = pengurus wang kesatuan/pertubuhan dan sebagainya. 5.Pustakawan = orang yg mempunyai pengetahuan yg dalam tentang perpustakaan dan terlibat dlm pengurusan perpustakaan 6.Dekan = ketua sesuatu fakulti di universiti. 7.Pengarah = orang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek/jabatan/syarikat/perbadanan dan sebagainya 8.Timbalan Pengarah = penolong kepada seseorang yg dipilih utk mengawal atau mentadbirkan perjalanan sesuatu projek (jabatan, syarikat, perbadanan, dsb 9.Timbalan Dekan = penolong ketua sesuatu fakulti di universiti. 10.Ketua Jabatan = orang yang mengetuai bahagian drpd pentadbiran kerajaan dll yg mengurus tugas-tugas tertentu dan 11.Ketua Nic = tidak ada dalam Kamus Dewan | Makna | 22.06.2008 |
Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston @ Dia menerima Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Boston | Ayat yang betul ialah "Dia menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Boston". | Tatabahasa | 12.09.2011 |