Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah panggilan hormat di dalam surat untuk individu dengan nama YM Ungku? Adakah kandungan surat menggunakan gelaran YM Ungku atau Tuan? | Panggilan hormat untuk "Ungku" ialah "YM Ungku" dan perlulah ditulis juga dalam kandungan surat. | Lain-lain | 15.08.2023 |
YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ | YM TAN SRI DATO' UNGKU DR. ZETI AKHTAR BINTI UNGKU ABDUL AZIZ | Lain-lain | 15.11.2010 |
Tiada soalan, tapi nak minta bantuan. Tolong beri tajuk buku karya Prof Ungku Aziz tentang Pantun yang diterbitakan oleh DBP | | Lain-lain | 14.09.2011 |
Kematian Profesor Ungku Abdul Aziz, perlu disertakan penggunaan Allahyarham ataupun Almarhum?, kerana arwah juga adalah keluarga diraja Negeri Johor | Sekiranya kerabat diraja, penggunaan yang tepat ialah Almarhum. Walau bagaimanapun, Allahyarham boleh juga digunakan. | Istilah | 16.12.2020 |
Berapa dan apakah perkataan dalam KDP yang Ungku Aziz pernah cipta? Contohnya minda | Kami tiada maklumat berkaitan perkataan dalam KDP yang dicipta oleh Ungku Aziz. | Lain-lain | 13.10.2024 |
Salam tuan, Adakah gelaran Profesor Diraja yang dianugerahkan kepada Ungku Aziz dieja "Diraja" atau "DiRaja"? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Profesor Diraja Ungku Aziz . | Ejaan | 07.06.2013 |
SALAM... APAKAH GELARAN UNTUK ENGKU, UNGKU DAN TENGKU. ADAKAH BOLEH DIGUNAKAN Y.M. (YANG MULIA) | Merujuk Kamus Dewan, Yang Mulia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar | Sila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan Asean dan masyarakatserumpun | Ungku Zaman Mohd Tahir">Ungku Zaman Mohd Tahir | Jurnal Dewan Bahasa | 01/12/1992 | Lain-lain | 02.02.2008 |
Muhammad Z Nurdin FRI 13:43 Adakah dibenarkan penggunaan Yang Mulia kepada Ahli Majlis Perbandaran? Berlaku di Tawau, Sabah | Untuk makluman, mengikut Kamus Dewan, Yang Mulia merupakan rujukan kehormat utk mereka yg bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku) dan Datu sahaja. | Lain-lain | 17.02.2017 |
Mohon pencerahan, adakah semua Tengku, Ku, Engku, Syed dikira sebagai kerabat diraja? atau mereka perlu mendaftar sebagai ahli persatuan dan mendapat kad keahlian bagi mendapatkan taraf kerabat diraja? | Merujuk Kamus Dewan, Yang Mulia rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Engku (Ungku); dan Ku ialah kependekan kepada Tengku. Maka, semua gelaran tersebut ialah kerabat diraja. | Tatabahasa | 26.02.2014 |