Fred Zain Apr 1st, 3:23pm Assalamualaykum, Saya memerlukan buku bertajuk Ulum al-Hadith yang ditulis oleh Mohd. Muhiden Abd. Rahman dengan kadar segera. Boleh tak saya beli secara pos? | Tuan/Puan boleh mendapatkan buku terbitan DBP di pasaran dengan melawati laman http://niaga.dbp.my atau alamdbp.myshopify.com atau http://lazada.com.my atau fb DBPNiaga. Selain itu, puan juga boleh menghubungi pegawai yang bertugas menerusi panggilan telefon 03-41012328 sekiranya ingin mengetahui tentang stok buku atau sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. Terima kasih. | Lain-lain | 01.04.2015 |
Salam..Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, "Pendidikan Islam Tahun 4, Jilid 2", cetakan kelima, 2007, adalah dirujuk. Sila lihat mukasurat 1, Asas Ulum Syariah, tajuk Beriman Kepada Qada' dan Qadar, bahagian pengertian. Adakah pengertian tersebut tepat? | Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian. | Makna | 12.06.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Soalan saya, bagaimanakah untuk menulis bibliografi bagi buku yang tidak ada tahun terbit, tempat terbit atau penerbit (buku-buku lama). Di mana saya boleh dapatkan rujukan penulisan bibliografi yang tidak lengkap maklumat sebegini? Terima kasih. | Cara untuk menulis bibliografi bagi buku yang tidak ada tahun terbit dan tempat terbit/penerbit, mengikut Gaya Dewan Edisi Keempat (2021) adalah seperti yang berikut: 1. Nama penulis/editor/penyusun diikuti dengan tanda koma. 2. Tahun terbit (t.t. sekiranya tiada tahun terbit) diikuti dengan tanda noktah. 3. Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. 4. Jilid (jika berkenaan), diikuti dengan tanda noktah. 5. Edisi dan cetakan (jika berkenaan), diikuti dengan tanda noktah. 6. Tempat terbit (t.t. sekiranya tiada nama tempat terbit)diikuti dengan tanda titik bernoktah. 7. Nama penerbit, diikuti dengan tanda noktah. Contoh: Al-Ghazliyy, Muammad Ibn Muammad, t.t. Iy’ ‘Ulm al-Dn. t.t.: Maba‘a ‘s al-Bbiyy al-alabiyy. Panduan untuk menulis bibliografi mengikut gaya penerbitan DBP, tuan/puan boleh merujuk Gaya Dewan Edisi Keempat (2024) terbitan Dewan bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 25.11.2024 |