Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya. Di INSTUN, terdapat 3 buah pusat kecemerlangan (kelas) untuk bidang ukur dan pemetaan. Bagi menggambarkan ketiga-tiga pusat kecemerlangan tersebut, bolehkah ianya disebut sebagai Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan. Sekian, terima kasih. | Kluster Kecemerlangan Ukur dan Pemetaan boleh diterima. | Istilah | 16.01.2017 |
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). | 1. Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56). Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya. | Tatabahasa | 17.02.2011 |
Berkaitan dengan carian peribahasa ukur baju di badan sendiri. Persamaannya dalam bahasa Inggeris mengandungi kesalahan ejaan. Stretch your arm no further than your sleeve will reachSekian, terima kasih | Kami maklum berkenaan kesalahan ejaan 'Stretch' yang dieja 'Strech dan ejaan 'sleeve' yang dieja 'slave'. Terima kasih. | Lain-lain | 28.04.2021 |
Ejaan yang betul untuk Jawatan Jurukur Bahan/ Juru Ukur Bahan | Ejaan yang betul ialah Juruukur Bahan. | Ejaan | 31.10.2021 |
Assalamualaikum tuan. Boleh perkataan kalibrasi digunakan bagi menggantikan tentu ukur atau calibrate dalam Bahasa Inggeris | Kami mencadangkan istilah calibrate diterjemahkan sebagai "menentukur", "tentukur" atau "kalibrasi". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 19.02.2022 |
istilah 'milestone' dalam BM | Milestone dalam bidang Kejuruteraan dan Ukur ialah batu penanda. | Istilah | 18.12.2011 |
Di mana boleh jumpa pedoman penulisan nama geografi antarabangsa? | Sila rujuk laman web rasmi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melalui pautan https://www.jupem.gov.my/ms | Lain-lain | 10.09.2024 |
apakah kata imbuhan bagi kukur kelapa...mengukur kelapa atai mengkukur kelapa? Jika mengukur.. bukankah kata dasarnya ukur? | Kata imbuhan yang betul ialah mengukur. Dalam hal ini, huruf k pada kata dasar (kukur) berubah menjadi ng apabila kata tersebut menerima imbuhan meN-. Contoh lain ialah mengira (kira), mengarang (karang) dan mengata (kata) | Ejaan | 07.07.2011 |
Shah If Shaiff Oct 18th, 6:39pm Apa matlamat bulan bahasa kebangsaan jika bahasa ingeris juga dijadikan kayu ukur kemahiran? #Confuse #rhetoric #tertanya #sayangBM #sukaBI | Bulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan. Sambutan bulan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang seiring dengan pembangunan negara di samping aspirasi negara untuk menyatupadukan bangsa dengan satu bahasa. | Lain-lain | 18.10.2014 |
DIANTARA DUA PERKATAAN TERSEBUT , YANG MANAKAH BETUL UNTUK DIGUNAPAKAI KERANA KEDUANYA MEMPUNYAI MAKSUD YANG SAMA: 1.HARTA TANAH ATAU HARTANAH 2. JURU UKUR ATAU JURUUKUR MOHON MAKLUM BALAS DAN KOMEN YA. TERIMA KASIH | Perkataan hartanah dan harta Tanah kedua-duanya boleh digunakan untuk maksud yang sama. JURUUKUR ialah ejaan yang betul. Terima kasih. | Istilah | 08.08.2017 |