Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Apakah perbezaan yang ketara antara "nada" , "ujaran" dan "intonasi" ? Berikan contoh. 2. Bolehkah nyatakan perbezaan yang jelas antara "bidalan" dan " pepatah"? Apabila diberi suatu "peribahasa", sukar untuk saya mengklasifikasikan peribahasa tersebut sama ada "bidalan" atau "pepatah". | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, nada ialah bunyi yg tertentu tinggi rendahnya (dlm nyanyian, muzik, dll). Ujaran pula ialah sesuatu yg diucapkan atau disebutkan. Manakala makna intonasi ialah turun naik atau tinggi rendah nada suara (sewaktu bercakap). Bidalan dan pepatah ialah sama. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 09.04.2009 |
saya ingin bertanya tentang pemerolehan bahasa iaitu penguasaan bahasa pertama | Pemerolehan berkaitan dengan kajian psikolinguistik ketika membincangkan anak dengan bahasa ibundanya. Pemerolehan bahasa tidak dikaitkan dengan guru, kurikulum, alokasi waktu dsb. Anak bermula dari kosong, mengolah data dan memproduksi ujaran. Anak mampu menguasai tatabahasa dan menghasilkan ujaran seperti penutur dewasa. | Lain-lain | 13.10.2006 |
Apakah perbezaan antara kata dengan perkataan dalam kajian morfologi? | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan, perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan sebagai kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Untuk huraian terperinci tentang bentuk kata, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 43 -56 (Bab 3 - Morfologi) | Tatabahasa | 07.10.2013 |
Tolong berikan maklumat tentang bahasa semantik dan penggunaannya? | Sematik merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji makna. kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat mengungkapkan fikiran, pendapat, perasaan, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Kajian mengenai makna boleh dibahagikan kepada aspek yang berikut: a. makna denotasi dan makna konotasi b. makna dalam konteks c. hubungan makna dengan kebudayaan d. perubahan makna e. bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik juga dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, fasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Untuk makluman lanjut, saudara boleh merujuk buku Teori Semantik (terjemahan Zaiton Ab. Rahman dari buku Semantic Theory) DBP. | Tatabahasa | 26.08.2006 |
Salam. Saya ingin mengetahui pengertian semantik secara ringkas ? Sekian , terima kasih | Sematik merupakan salah satu cabang linguistik yang mengkaji makna. kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Dalam bahasa, kita dapat mengungkapkan fikiran, pendapat, perasaan, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Perbendaharan kata penting untuk menjalin komunikasi yang sempurna. Kajian mengenai makna boleh dibahagikan kepada aspek yang berikut: a. makna denotasi dan makna konotasi b. makna dalam konteks c. hubungan makna dengan kebudayaan d. perubahan makna e. bentuk-bentuk makna daripada hubungan semantik. Semantik juga dapat ditakrifkan sebagai kajian makna linguistik bagi kata, fasa dan ayat. Secara umumnya, makna perkataan dapat dilihat dari segi leksikal dan konteks. Untuk makluman lanjut, saudara boleh merujuk buku Teori Semantik (terjemahan Zaiton Ab. Rahman dari buku Semantic Theory) DBP. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Maksud morfologi | Menurut tatabahasa Dewan, Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. (Untuk mendapatkan nota lengkap berkaitan morfologi, bolehlah dirujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 43-55). Terima kasih. | Makna | 25.10.2006 |
maksud komunikasi non verbal dan komunikasi verbal? | Komunikasi verbal : komunikasi secara lisan (bercakap, berdialog, berbual, dsb.) Komunikasi non-verbal: komunikasi bukan secara lisan, bukan ujaran (bahasa isyarat, bahasa tubuh, kontak mata, penggunaan objek, dsb.) | Makna | 20.08.2009 |
ciri-ciri bahasa klasik dari segi morfologi. terima kasih | Menurut Buku Tatabahasa Dewan, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ciri-ciri bahasa klasik dari segi morfologi, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 12.03.2007 |
Tolong jelaskan secara terperinci mengenai 'cakap ajuk dan cakap pindah'. | Cik Puan Zafirah, Apabila kita menggunakan cakap ajuk, kita mengulang ungkapan sebenar penutur. Contoh: Saya sudah membuat kerja itu. Ayu berkata, "Saya sudah buat kerja itu." (cakap ajuk) Perhatikan, tanda koma selepas perkataan berkata dan penggunaan tanda petik (dailog) bagi menunjukkan ujaran. 2. Dalam cakap pindah pula, kita melaporkan apa yang dipercakapkan, tidak semestinya menurunkan seluruh perkataan atau ungkapan penutur, tetapi menurunkan makna yang hampir sama dengan ujaran tersebut: Contoh: Cakap ajuk : "kalau aku mati, kaujaga kuburku," kata Pak Ali. Cakap Pindah : Pak Ali mahu agar kuburnya dijaga dengan baik jika dia meninggal dunia. | Tatabahasa | 31.05.2009 |
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH. | Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris, cth. menangguhkan penyelenggaraan pro- jek; iii. memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar. Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata ujaran |
|
|