Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
assalamualaikum tuan, Tahniah kepada DBP kerana berjaya menganjurkan Bulan Bahasa Melayu di Ipoh Perak pada 5 OKTOBER yang lalu. Walaupun saya tidak dapat turut serta tetapi saya saya mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana masih menjemput saya hadir dalam majlis berkenaan | Tuan, terima kasih atas maklum balas tersebut. Terus bersama-sama DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 06.10.2010 |
Tuan, Saya ingin tahu adakah pihak DBP melakukan kerja-kerja penterjemahan buku/dokumen dari B. Inggeris ke B. Melayu? Jika ada bagaimanakah caranya supaya saya dapat turut serta melakukan kerja-kerja tersebut? Sekian, terima kasih. Yang benar, MOHD RAFIQ NORSHAM BSc(Hon) UKM, MSc UPM | DBP tidak melakukan kerja terjemahan sebagai tugas hakiki. Sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia atau Persatuan Penterjemah Malaysia. | Lain-lain | 12.04.2010 |
Sertaikan kami di Facebook. Adakah terdapat imbuhan ...ikaN dalam BM? Kalau salah betul? Terima kasih | Imbuhan akhiran "i" dan "kan" tidak digunakan bersama-sama, oleh itu yang betul ialah sertai bermaksud turut serta. | Tatabahasa | 26.04.2012 |
Saya ingin memohon penjelasan tentang frasa berikut: 1) "....dalam kalangan murid" 2) "....di kalangan murid" frasa manakah yang sepatutnya digunakan? Terima kasih. | Puan Rosita Md. Zin, Frasa yang betul ialah dalam kalangan murid. Hal ini demikian, kerana perkataan dalam ialah kata sendi. Perkataan ini digunakan untuk "tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak", seperti perkara, peristiwa, bahasa, bidang, dan sebagainya. Contoh ayat: (1) Sekolah kami turut serta dalam pertandingan pidato peringkat kebangsaan pada tahun ini. (2) Adik saya mempunyai bakat dalam penulisan. Manakala di dalam ialah frasa atau rangkai kata yang terdiri daripada dua perkataan. Perkataan pertama ialah kata sendi di dan perkataan kedua ialah kata arah dalam. Dalam penggunaannya, di dalam merujuk ruang tertentu. Contoh ayat: (1) Adik saya menyimpan buku-bukunya di dalam almari. (2) Semua murid sekolah dikehendaki berkumpul di dalam dewan besar. | Tatabahasa | 25.03.2009 |
sila tandakan kesalahan dalam ayat berikut, (A. Sejak) berpindah ke sana, Ali turut terlibat (B. di dalam) kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua (C. serta) membantu orang miskin. (D. tiada kesalahan). pada pendapat saya, kesalahannya adalah B, sepatutnya dalam. | Ayat yang gramatis, sejak berpindah ke sana, Ali turut terlibat dalam kerja-kerja sosial seperti membantu warga tua serta membantu orang miskin. Pendapat tuan betul, kesalahan pada jawapan B. di dalam. | Tatabahasa | 27.09.2012 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan penggunaan kata hubung antara "serta " dengan "dan" , "lalu" dengan "kemudian"? Terima kasih. | Dan, serta, lalu dan kemudian ialah kata hubung gabungan. Kata hubung dan/serta lazimnya digunakan apabila menggabungkan dua unsur yang setara. Kata lalu/kemudian digunakan apabila menggabung dua perkara atau perbuatan yang berlaku berturut-turut. | Tatabahasa | 03.02.2013 |
Salam....saya ingin mencadangkan agar DBP lebih aktif dalam menganjurkan lebih banyak pertandingan menulis esei terutamanya yang bersifat akademik yang mampu mencabar keupayaan daya fikir pelajar IPT di Malaysia.Saya dapati pertandingan seperti ini amat kurang di anjurkan dan juga kurang publisiti.Mohon kerjasama agar hal ini dapat diberi perhatian agar langkah yang sewajarnya diambil bagi memperkasakan daya intelektual mahasiswa tempatan.sekian | Waalaikumusalam wbk. Ribuan terima kasih atas cadangan menarik daripada sdr itu. Pihak kami akan mengetengahkan cadangan sdr itu untuk perhatian dan tindakan Jabatan/Bahagian yang berkaitan dalam DBP. Bagi mengetahui dan mengikuti aktiviti semasa DBP, pihak kami juga mengalu-ngalukan agar dari semasa ke semasa pihak sdr dapat melayari laman web DBP iaitu http://www.dbp.gov.my. Berhubungan dengan program pertandingan, buat kali ketiga pada tahun ini, Bahagian Dasar dan Penyelidikan Sastera DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi sedang menganjurkan program Akademi Sastera 2010 pada 28 Oktober 2010 (Khamis), pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari, bertempat di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Program ini melibatkan penyertaan sembilan (9) buah universiti tempatan iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kumpulan penyelidik sastera dan memupuk kemahiran berkomuniksi serta penggunaan kaedah penyampaian ilmu kritikan sastera di kalangan pelajar IPTA. Dalam hal ini, pihak kami mengalu-ngalukan kehadiran sdr dan pelajar-pelajar IPTA yang lain untuk turut serta ke dalam program Akademi Sastera ini. Sekian dimaklumkan, terima kasih. Wassalam. | Lain-lain | 19.10.2010 |
membuang atau meninggalkan bunyi huruf,perkataan dan imbuhan serta salah sebutan semasa membaca. | Soalan tuan tidak jelas, sila hubungi kami semula, dan nyatakan pertanyaan saudara dengan jelas. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat DBP membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. | Tatabahasa | 30.04.2013 |
Masalah tulisan buruk | Pada dasarnya, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan di luar skop perkhidmatan ini. Sila kemukakan soalan yang mencakup bidang perkhidmatan yang kami sediakan. | Lain-lain | 18.04.2013 |
Masalah membaca di kalangan murid dan cara menangani | Pada dasarnya, Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Walau bagaimanapun, terdapat juga sebilangan besar pelajar daripada IPT menghantar soalan yang berbentuk tugasan untuk dijawab oleh petugas KNDBP. Untuk makluman sdr. soalan yang berbentuk tugasan di luar skop perkhidmatan ini. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana perpustakaan yang berhampiran untuk mencari bahan kajian dan rujukan. | Lain-lain | 18.04.2013 |