| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Alat tulis-alat tulis =alat-alat tulis? ? | Jawapan ialah alat-alat tulis kerana penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. | Tatabahasa | 09.11.2014 |
| Bolehkah alat tulis digandakan menjadi alat-alat tulis? Atau alat tulis sudah memadai kerana sudah membawa makna jamak? | Perkataan "alat tulis" boleh digandakan menjadi "alat-alat tulis". Namun, memadai ditulis "alat tulis" sahaja kerana perkataan "alat" telah menunjukkan banyak dan pelbagai. | Tatabahasa | 06.11.2014 |
| Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, adakah perkataan "alat tulis-alat tulis" dikira betul? Kalau betul atau tidak, bolehkah menerangkan sebab? Terima kasih | Frasa yang betul ialah alat tulis. Perkataan “alat tulis” boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaanya. | Lain-lain | 18.05.2026 |
| Saya yang menulis karangan itu. A Karangan itu saya yang tulis. B Karangan itu yang saya tulis. C Yang tulis karangan itu saya. menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif... berikut manakah jawapan yang paling tepat? | Ayat pasif yang paling tepat ialah A. Karang itu saya yang tulis. | Lain-lain | 06.07.2015 |
| 1. alat tulis 2. alat-alat tulis 3. alat keperluan 4. alat-alat keperluan adakah kesemua di atas betul? adakah "alat" memberi maksud "bilangan yang banyak"? terima kasih. | Frasa yang betul ialah alat tulis dan alat keperluan. Perkataan alat telah menunjukkan banyak dan pelbagai. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
| selamat sejahtera encik. 1. Hadapan kelas ada papan tulis. 1a. Di hadapan kelas ada papan tulis. Perlukah kata sendi di digunakan dalam ayat 1a? ayat mana yang betul? kalau ayat 1 salah, harap dapat penjelasan daripada encik. terima kasih. | Penggunaan ayat “Hadapan kelas ada papan tulis” kurang tepat. Ini kerana, akan menjadi “ada papan tulis depan kelas” soalannya “papan tulis ada di mana?” bukannya “papan tulis ada mana?” mana papan tulis? adalah salah, sepatutnya “Di mana papan tulis?”, oleh itu, penggunaan “di” perlu ada. | Makna | 24.11.2018 |
| Tulis sebuah karangan yang bertajuk "adat berkhatan".Sertakan juga proses berkhatan. | Sila rujuk guru di sekolah tentang tatacara menulis karangan, menggunakan format yang betul dan fakta yang tepat. | Lain-lain | 04.11.2015 |
| *Tulis sekali, soalan yang saya kirimkan itu ada kesalahan. Bagaimanakah pula dengan ayat ini? Frasa "terhadap keadaan ibu" atau "kepada keadaan ibu" patut digunakan? Saya rasa bahawa di sini kata sendi nama "atas" tidak sesuai digunakan, walaupun kata sendi nama "atas" terletak di hadapan frasa nama yang tidak ada bentuk fizikal (abstrak). Kata sendi nama "tentang" pula jika digunakan, akan terbit maksud yang pelik, tetapi kata sendi nama "tentang" dapat menerangkan unsur mujarad atau abstrak. Frasa: Kesan perbalahan anak-anak terhadap / kepada / tentang keadaan ibu | Tiada rumus yang tepat untuk ayat "perbalahan anak-anak terhadap/kepada/tentang keadaan ibu, kami mencadangkan ayat tersebut dipinda menjadi "kesan perbalahan anak-anak terhadap ibu". | Tatabahasa | 11.08.2014 |
| Salam sejahtera tuan, bolehkah saya tanya bentuk jawaban alat-alat tulis adalah betul atau salah? Adakah alat tulis sudah membawa maksud jamak oleh sebab itu alat-alat tulis merupakan bentuk jawaban yang salah? Terima kasih | Perkataan “alat-alat tulis” merupakan penggandaan kata majmuk yang melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Namun, penggunaan perkataan “alat tulis” sahaja adalah betul kerana perkataan tersebut boleh menunjukkan satu atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya. Rujukan: Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 74 | Tatabahasa | 29.05.2026 |
| Hari Sukan dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Merujuk kepada ayat di atas, kalau kita tulis karangan, pada permulaannya kita tulis ayat di atas, seterusnya kalau kita tulis di perenggan akhir ... Pengerusi PIBG menyampaikan pingat kepada pemenang-pemenang. Kita cuma tulis shortform PIBG, tidak perlu menulis sepenuhnya (Persatuan Ibubapa dan Guru), betulkah ? | Ya, betul. Tidak perlu mengulangi perkataan tersebut. | Tatabahasa | 14.07.2014 |