Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam, saya ingin bertanyakan penggandaan kata majmuk kiasan. Bagaimanakah bentuk kata majmuk kiasan jika digandakan? Hanya perkataan pertama digandakan ataupun keseluruhan kata? 1. anak-anak emas @ anak emas-anak emas? 2. cakar-cakar ayam @ cakar ayam-cakar ayam? 3. berat-berat tulang @ berat tulang-berat tulang? dan sebagainya Terima kasih. | Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contoh perkataan ialah anak-anak emas, cakar-cakar ayam dan lain-lain. | Tatabahasa | 31.07.2013 |
keluarga menjadi tulang belakang kejayaan seorang anak. tanpa sokongan dan dorongan keluarga, tentu sukar untuk menikmati kejayaan tersebut. berikan pendapat anda tentang dorongan dan sokongan yang boleh diberikan oleh keluarga untuk kecemerlangan anak-anak dalam bidang pendidikan. | | Lain-lain | 22.03.2008 |
Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Ini adalah berkaitan dengan cara sesebuah buku itu dijilidkan. Terima kasih. | Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Betul iaitu 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' bermaksud blok buku dijilid secara perfect sama ada di jahit benang terlebih dahulu atau terus secara jilidan sempurna atau perfect binding. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 28.01.2010 |
KESALAHAN TATABAHASA SOP TULANG | Ejaan yang betul ialah "Sup Tulang". Untuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan kepada domain "Pantau Tegur Bahasa". | Tatabahasa | 03.04.2013 |
betulkah penggunaan kata hingga dan ke serentak satu kelewahan? Ayat contoh: 1 Ayah membanting tulang dari pagi hingga ke petang. ATAU Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Begitu juga dengan sejak dan dari. Contoh: Ibu menunggu ayah sejak tadi ATAU Ibu mengunggu ayah sejak tadi / dari tadi. | 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa. Contoh: Ayah membanting tulang dari pagi hingga petang. Berdasarkan contoh tersebut, kata sendi nama "hingga" tidak boleh berdampingan dengan kata sendi nama "ke". Oleh itu, penggunaan hingga ke secara berturutan dalam satu ayat dianggap tidak gramatis atau berbentuk lewah. 2. Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut secara berurutan mengandungi unsur lewah dan penggunaan salah satu daripada perkataan tersebut adalah yang gramatis. | Tatabahasa | 06.04.2012 |
Mohon untuk dapatkan istilah dalam Bahasa Melayu untuk istilah berikut: calcined natural bone ash adakah: 1. abu tulang bakar asli atau 2. abu tulang asli bakar Ayat penuh: Bone china ertinya apa-apa chinaware atau porselin yang mengandungi 25 peratus atau lebih calcined natural bone ash atau trikalsium fosfat dan penyerapan air tidak lebih daripada 0.4 peratus Segala bantuan amat dihargai. Terima kasih. | Cadangan kami untuk terjemahan calcined natural bone ash ialah abu tulang bakar asli. | Tatabahasa | 04.05.2012 |
Salam. Bolehkah saya tahu jika ada padanan yang sesuai bagi istilah "shinsplints" yang berkaitan dengan sakit pada tulang kering di kaki. Terima kasih. | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi perkataan "shinsplints" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "shin" yang bermaksud tulang kering yang digunakan dalam istilah perubatan manakala "foil splint" yang bermaksud splin keranjang, removeable splint yang bermaksud splint boleh tanggal (perubatan). Kami mencadangkan splin tulang kering bagi perkataan "shinsplint". | Tatabahasa | 16.07.2013 |
tuan, apakah jawaban untuk soalan ini? _____ Ali berdarah tertusuk duri. A. kekisi B. lelangit C. jejari Bolehkah 'duri' dalam soalan tersebut bermakna 'ikan tulang'? Perlukah kita hanya tulis 'duri' sahaja atau perlu tulis 'duri ikan' baru membawa erti 'tulang ikan'? Sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah B. lelangit. 'Duri' dalam Kamus Dewan bermaksud bahagian tajam yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan atau binatang. Untuk lebih jelas dan tidak mengelirukan lebih baik ditulis duri ikan sekiranya memang merujuk kepada tulang ikan. | Makna | 20.05.2011 |
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian | Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi) 2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu 3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang | Makna | 15.05.2011 |
KESALAHAN TATABAHASA SOP TULANG | Untuk makluman saudara, sebarang aduan tentang kesalahan bahasa boleh dikemukakan melaluia domain "Pantau Tegur Bahasa". | Lain-lain | 03.04.2013 |