Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
definasi qrganisasi kaitan dengan sumber manusia | Organisasi ialah kesatuan (susunan dll) yang terdiri daripada bahagian (orang dll) dalam sesebuah pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb); pertubuhan. Kaitan dengan sumber manusia adalah dari segi perancangan, keperluan, sumbangan dan objektif yang hendak dicapai. Misalnya, adakah pengambilan staf baru akan melonjakkan pencapaian prestasi organisasi atau dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik. | Makna | 28.06.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan organisasi kekerabatan? | Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. Kekerabatan bermaksud yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan. Organisasi kekerabatan boleh dikatakan sebagai pertubuhan kekeluargaan. | Makna | 01.03.2007 |
apakah fungsi organisasi | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi ialah kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik; | Istilah | 18.08.2009 |
Apakah perbezaan antara organisasi dengan pertubuhan? | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dll) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. Manakala pertubuhan bermaksud badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan.
| Tatabahasa | 10.10.2013 |
daripada zaihana. 1) ape maksud mentadbir sesuatu organisasi 2) | Mentadbir ialah urusan mengelola atau menjalankan sesuatu pejabat (kerajaan dll), tugas menguruskan sesuatu, pemerintahan. Organisasi pula ialah kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. | Makna | 23.11.2009 |
APAKAH KESAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU KLASIK | Kesannya terpulang kepada tujuan saudara menggunakan bahasa Melayu klasik itu. Adakah tujuan penggunaan itu untuk tujuan kajian... Siapakah khalayak sasaran yang akan membacanya... dari situ saudara akan dapat membuat kesimpulan kesan penggunaan bahasa Melayu klasik tersebut. Sekiranya saudara maksudkan kesannya pada zaman klasik juga, saudara perlu merujuk buku-buku yang berkaitan dengannya supaya lebih jelas. | Lain-lain | 29.07.2009 |
Bagi tujuan permohonan iklan dendeng di tapak projek. | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) | Lain-lain | 19.09.2013 |
APAKAH TUJUAN ADAT BERSALAM DILAKUKAN | Adat bersalam biasanya dilakukan sebagai tanda sapaan melalui perbuatan (bersalam) antara sesama insan. Adat ini juga dikaitkan dengan ketulusan hati sesama insan dalam bermaaf-maafan dan adat bersalam ini menjadi budaya murni sesama insan. | Lain-lain | 24.10.2007 |
saya memerlukan kamus tujuan utk pembelajaran.......... kamus sains tpi dalam bahasa melayu..................... boleh bagi cadangan? | Untuk tujuan pembelajaran sila rujuk Kamus dan juga buku istilah, kamus istilah dan ensiklopedia sains mengikut bidang yang dipelajari seperti Kamus Inggeris Melayu Dewan Istilah Sains dan Ensiklopedia Sains | Lain-lain | 04.10.2008 |
Saya ingin bertanya mengenai istilah Pengkritik Sastera dan peranan pengkritik sastera pada masa kini. Ini bertujuan untuk pengetahuan dan mencari bahan tugasan dalam bidang aliran sastera yang saya pelajari sekarang. | Pengkritik sastera ialah orang atau individu. manakala peranan pengkritik sastera ialah orang yang menulis, berusaha, mempertimbangkan dan menilai sesebuah karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera dapat dianggap sebagai satu ilmu yang mempunyai tujuan dan fungsi tertentu. Antara tujuan-tujuan kritikan sastera ialah 1. Menyumbangkan pengetahuan dari segi teori sastera 2. memberi kefahaman kepada pembaca untuk menikmati sesebuah karya sastera 3. membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik 4. memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca dan sebagainya. | Lain-lain | 27.10.2009 |