Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
orang sunda suka makan ulam tolok. Tuan, tolok salah digunakan. apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan tolok tq | Untuk makluman, tidak ada perkataan ulam tolok dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan tolok dan mempunyai beberapa maksud. Salah satu maksud tolok adalah seperti yang berikut: sejenis tumbuhan (pokok kecil yang buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda). | Makna | 19.09.2011 |
maksud tolok? | Menurut kamus dewan, tolak membawa maksud bandingan, imbangan (yg sama), tara. Tolok juga membawa maksud sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis. | Makna | 12.12.2012 |
Apakah terjemahan bagi perkataan bahasa inggeris a. istilah kejuruteraan: "flanges" "gauge" istilah MS ISO 9001 "traceability" "requirements" | Puan Rozita, Istilah bagi flange ialah bebibir, gauge ialah tolok, traceability ia;ak keupayaan mengesan dan requirements ialah keperluan. | Istilah | 04.10.2010 |
Cerita2 Hikayat Hang Tuah adalah sebuah legenda yang tidak pasti kewujudannya. Bagaimana pula Hikayat Seniman Agung P. Ramlee dan Hikayat Tun Teja yang hidup di zaman Hang Tuah? Dan siapa pula Dang Anum dan Tun Fatimah? Bolehkah mereka dipanggil Serikandi? | Hang Tuah adalah tokoh legenda Melayu yang dipercayai oleh para sarjana tentang kewujudannya berdasarkan tulisan-tulisan yang terdapat dalam manuskrip Melayu dan tinggalan seperti pergi Hang Tuah di Melaka. Manakala Seniman Agung P. Ramlee yang terbukti kewujudannya melalui filem-filem lakonnya. Beliau dipanggil sebagai lagenda kerana keagungannya dalam bidang perfileman Melayu yang tiada tolok bandingnya. Tun Teja, Dang Anum dan Tun Fatimah pula adalah tokoh srikandi yang kisah mereka diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Mereka digelar sebagai srikandi kerana semangat keberanian mereka dalam menegakan kebenaran. | Lain-lain | 31.05.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| tolok | | Kata Terbitan : setolok, |
|
|