Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Selepas "jangan" bolehkah gunakan kata berimbuhan men,mem ... 2.Jangan meniru jawpan orang | Jangan tiru jawapan orang. Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 450, kata larangan seperti "jangan" diikuti dengan kata dasar kata kerja - Jangan ambil harta orang. | Tatabahasa | 18.12.2024 |
1 Apakah penjodoh bilangan untuk hantu? 2 Yang mana betul? a) Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku? b) Marilah kita nyanyikan lagu Negaraku? c) Janganlah kamu meniru perbuatannya. d) Janganlah kamu tiru perbuatannya. | 1. Tidak semua benda perlukan penjodoh bilangan, lebih-lebih lagi benda yang ghaib seperti hantu. 2. Yang betul ialah "Marilah kita menyanyikan lagu Negaraku" kerana ini ayat aktif. 3. Yang betul ialah "Janganlah kamu meniru perbuatannnya" kerana ini ayat aktif | Lain-lain | 30.04.2009 |
|
|