Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. mengesan penjenayah atau menjejaki penjenayah ? | Kedua-duanya betul. Mengesan bermaksud mencari-cari (mengikut) dengan berpandukan kesan (bekas, jejak), manakala menjejaki bermaksud mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dan sebagainya). | Tatabahasa | 24.05.2011 |
Kepimpinan dan kepemimpinan,sama maksud atau lain maksud? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. | Makna | 17.01.2012 |
Allah menurunkan model kepimpinan/kepemimpinan sama ada dari segi keperibadian mahupun kepimpinan/kepemimpinan universal. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dsb) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Dalam konteks ayat yang diberikan, kami berpendapat perkataan yang lebih sesuai dan tepat ialah kepemimpinan. | Makna | 10.04.2012 |
Bagaimanakah kita membezakan penggunaan 'mengabui' dan 'mengaburi'? (kabur) | Mengabui ialah 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau menyedari keadaan atau tujuan yg sebenar, mengelirukan, menyesatkan pandangan, memperdaya: beliau mengingatkan penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk golongan yg cuba ~ mata orang ramai. Mengaburi pula ialah menjadikan kabur: tanda tanya terus ~ fikiran Burad. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.08.2010 |
APAKAH MAKSUD STRATEGI?ADAKAH SAMA MAKSUD DENGAN CARA,KAEDAH DAN PENDEKATAN? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, disertakan maksud keempat-empat istilah tersebut untuk makluman saudara, iaitu: strategi ditakrifkan sebagai 1. ilmu tentang cara-cara merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, ilmu siasat perang; 2. siasat perang, taktik perang; 3. bp siasat (muslihat) utk mencapai sesuatu maksud; 4. rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan; ~ dua (tiga) serampang strategi yg terdiri drpd dua (tiga) rancangan atau pendekatan yg utama yg dilaksanakan sekali gus atau secara bersepadu. Cara bermaksud 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina. Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan bermaksud 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka. | Istilah | 15.01.2010 |
apakah yang dimaksudkan dengan leadership? kerana sesetengah pengkaji berpendapat kepimpinan dan sesetengahnya kepemimpinan. yang mana satu harus digunakan dalam kajian saya yang bertajuk Instructional Leadership setelah dialih ke bahasa melayu. terima kasih!! | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Oleh itu, puan boleh pilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks dan konsep istilah tersebut. | Makna | 28.02.2013 |
Saya ingin bertanya, kata panggilan hormat untuk presiden sekiranya presiden itu adalah perempuan. Perlu kekalkan menggunakan nama Tuan atau Puan? Contohnya : Beliau adalah Presiden Amerika Syarikat wanita yang pertama, yang dipanggil Tuan Presiden oleh kakitangannya, akan memastikan keamanan dunia tercapai di bawah pentadbirannya. Tuan Presiden, tuan adalah orang yang paling berkuasa di dunia. Apa sahaja tindak-tanduk tuan mampu mengubah dunia, kata Julius, selaku penasihat kanan kepada presiden itu. Sekian, terima kasih. | Kata tuan walaupun sinonim dengan lelaki, tuan juga merupakan sapaan kepada orang yang dihormati. Jika dirangkaikan dengan jawatan sapaan yang tepat dalam konteks bahasa Melayu ialah Tuan Presiden walaupun beliau seorang perempuan. | Lain-lain | 02.01.2014 |
Yang mana betul. Badan Kepimpinan Pelajar atau Badan Kepemimpinan Pelajar. Ke arah KEPIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi atau Ke arah KEPEMIMPINAN yang berkualiti dan berintegrasi. | Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Manakala kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin.Contoh ayat: i. Kepimpinan melalui teladan. ii. Tun Mahathir berusaha membawa corak kepemimpinan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya. Jawapan: i. Badan Kepimpinan Pelajar ii. Ke Arah Kepimpinan yang Berkualiti dan Berintegriti iii. Perkataan “Integrasi” tidak sesuai digunakan dalam frasa ini kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan “Integrasi” membawa maksud bergabung dan berpadu.
| Tatabahasa | 19.02.2020 |
salam saya membuat semakan di kamus dwi bahasa oxford fajar edisi ke 5 yang membawa maksud leadership adalah kepimpinan. tetapi menurut DBP edisi 4 leadeship membawa maksud kepemimpinan. yang manakah sepatutnya digunakan? | Kedua-dua istilah iaitu kepimpinan dan kepemimpinan ialah padanan bahasa Melayu untuk "leadership". Penggunaannya bergantung pada konsep dan konteks ayat. Kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan, dan sebagainya) seseorang pemimpin. | Istilah | 12.11.2016 |
salam, saya ibgin bertanya tentang panduan mengklafikasikan ayat dalam ulasan cerpen. Saya amat keliru mengenai ayat-ayat yang terdapat di dalam sebuah cerpen, Contoh ayat; Sang mentari mula mengambil tugas sang rembulan. Adakah perkataan 'mengambil alih ' boleh dianggap personafikasi? 1. Apakah yang dimaksudkan' keberkesanan stalistik'. Boleh jelaskan secara terperinci.Tterima kasih | 1. Personafikasi bermaksud memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang atau benda-benda yang abstrak. Perkataan mengambil alih bukanlah personafiaksi dalam konteks ayat tersebut. 2. Tidak ada maklumat tentang keberkesanan stalistik dalam pangkalan data kami. | Sastera | 02.08.2013 |