Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1.Pusat sumber, buku cerita, cerita rakyat, telur ayam, papan kenyataan, kacang tanah, ayam telur, kalau begitu, sudah tentu, sahabat karib,alat bantu, corong minyak, salur gas, sangkar telur, kotak tin, tin susu, kitar semula, batang paip, bongkah polistirena, ping pong, kit telefonik, guru inovatif, sekolah rendah, reka bentuk. Sila berikan petunjuk kata manakah yang merupakan ayat majmuk rangkai kata bebas? Terima kasih. 2.Ali meminjam buku di/dari/daripada perpustakaan. Kata sendi nama apa yang sesuai dalam konteks ayat ini? | 1. Sila perincikan pertanyaan tuan. Senarai yang diberikan bukan ayat majmuk. 2. Ali meminjam buku daripada perpustakaan. | Tatabahasa | 07.12.2014 |
yang manakah betul? tin itu kemik atau tin itu kemek. | Jawapan yang betul ialah tin kemik. | Tatabahasa | 12.07.2013 |
Salam sejahtera. Adakah penggunaan kata 'air tin' dan 'air botol' betul kerana tidak terdapat di dalam Kamus Dewan ? Terima kasih. | Salam sejahtera, Air tin dan air botol betul penggunaannya. Sekian, terima kasih. | Istilah | 02.10.2017 |
Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau ____________. A. hapak B. tengik Apakah jawapannya? | Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. | Tatabahasa | 31.07.2012 |
Bolehkah saya mendapat rujukan tentang Latar Belakang Dr. Lim Swee Tin, serta karya sastera beliau? Harap dapat sokongan dari DBP. Sekian ribuan Terima Kasih. | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dalam buku : - Biografi Lim Swee Tin : meniti liku menuju ke puncak terbitan Citra Kurnia Ent. tahun 2008 - Majalah Dewan Sastera Mac 2003 | Lain-lain | 05.08.2010 |
Salam Satu Malaysia, 1. Makanan seimbang penting untuk/kepada kita. (untuk atau kepada,sila beri penjelasan) 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur untuk/kepada nenek. 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya./ Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya. (ayat mana yang betul dan tolong beri penerangan). Soalan yang saya ajukan: Murid saya menulis karangan biografi ayah saya dan nenek saya.Apakah kata ganti nama diri orang yang betul ?(dia atau beliau) Terima kasih atas perkhidmatanyang pihak tuan sediakan. | 1. Makanan seimbang penting untuk kita. Penerangan: Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, berfungsi untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 276). Untuk ayat ini, “makanan seimbang” diperuntukkan untuk kata nama “kita”. 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur kepada nenek. Penerangan: Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 272). Merujuk kepada ayat ini, kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama am “nenek” . 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikh. Penerangan: Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Justeru, di dalam digunakan untuk tin kerana terdapat ruang yang boleh dilihat secara fizikal. 4. Kata ganti diri tunggal untuk ayah atau nenek ialah beliau. Penerangan: Kata ganti nama diri orang ketiga beliau sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Oleh itu, beliau sesuai digunakan untuk ayah atau nenek. | Tatabahasa | 15.03.2018 |
Kepada orang ramai, individu atau sesiapa yang membuang sampah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya di merata-rata tempat atau ditempat awam adalah menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan1974 (Akta 133). Sila ambil perhatian bagi kesalahan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM 500 atau kompaun RM 10.00 serta merta. Saya ingin menyemak penggunaan kesemua perkataan ini dengan betul. | Setelah dibuat pembetulan - Perbuatan membuang sampah di tempat awam termasuklah puntung rokok, kertas tisu, pembungkus makanan, tin, botol, kotak, bekas minuman dan sebagainya merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 47 (1) (a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Setiap kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500.00 atau RM10.00 serta-merta di tempat kejadian. | Tatabahasa | 02.07.2008 |
Ayat: ayah hanya sedar......... dia telah terbeli makanan di dalam tin yang telah luput tarikhnya setelah pulang ke rumah. A) kerana B) apabila C) bahawa D) semenjak *tempat kosong tersebut sesuai dengan pilihan jawapan mana? Dan kenapa.. berikan penerangan dan penjelasan | Berdasarkan konteks ayat, perkataan yang sesuai ialah bahawa kerana ayat tersebut ialah ayat majmuk komplemen dan kata hubung "bahawa" melengkapkan ayat tersebut. | Tatabahasa | 14.05.2015 |
Salam sejahtera. mohon bantuan untuk terjemahkan ayat seperti di lampiran - Surah At Tin : Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) Mohon bantuan utntuk diterjemahkan kepada bahasa English. | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan apatah lagi dari Bahasa Melayu kepada bahasa-bahasa lain. Apa yang dapat kami bantu ialah terjemahaan perkataan atau istilah yang boleh dirujuk melalui laman web kami. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.08.2017 |
Tuan/Puan, Saya ingin menyemak sekiranya perkataan 'setin' yang merujuk kepada satu tin boleh diguna pakai dan diterima dalam penulisan. Terima kasih. | Tiada maklumat tentang penggunaan "setin" dalam sumber rujukan kami. | Istilah | 06.10.2015 |