Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam. Saya ada 2 soalan : 1. Adakah penambahbaikan merupakan perkataan yang betul?atau perlu dijarakkan? 2. Setiap perkataan bahasa Inggeris yang diletakkan di dalam sesuatu ayat perlu di'italic'kan. Tapi, bagi perkataan Unit Health Online, Bahagian Pendidikan Kesihatan, perlukah Health Online itu di'italic'kan? Terima Kasih. | Saudara Yummien, Perkataan penambahbaikan betul dan dieja sebagai satu perkataan. Perkataan dalam bahasa Inggeris biasanya adalah lebih baik diterjemahkan atau diberi padanan dalam bahasa Melayu memandangkan bahawa bahasa Melayu masih boleh mengungkapkan atau menghuraikan sesuatu. Walau bagaimanapun sekiranya memang tiada langsung kata yang sesuai terutamanya perkataan teknikal atau istilah, maka bentuk italik digunakan. Dalam konteks 'Unit Health Online' frasa ini boleh diterjemahkan sebagai 'Unit Kesihatan dalam Talian'. Saudara boleh menggunakan Pusat Rujukan Persuratan Melayu dengan melayari Laman Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 30.07.2009 |
saya ingin mengetahui penerbitan atau jurnal berkaitan bahasa melayu kubu. setahu saya tidak banyak atau langsung tiada penyelidikan ke atas bahasa melayu kubu ini.saya juga igin mengetahui perkembangan bahasa ini di malaysia. diharap pihak tuan dapat membantu saya.terima kasih | Untuk makluman sdr. sehingga kini DBP tiada menerbitkan rencana yang berkaitan bahasa Melayu kubu. Sekiranya sdr. ingin membuat penyelidikan tentang perkembangan bahasa di Malaysia mohon sdr menjadi ahli Rakan Dewan yang diuruskan oleh Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 05.02.2008 |
nettle @ stinging nettle, sejenis tumbuhan, tiada dalam carian kata. harap dapat dihuraikan maksudnya sekali. kerana semua kategori dalam carian kata mempunyai jawapan yang tidak memuaskan langsung. terima kasih. | Padanan nettle/stinging nettle ialah netel tetapi tidak ada huraian bagi istilah tersebut. | Istilah | 27.10.2008 |
Salam, saya ingin bertanya mengenai kata hubung di mana dan yang mana yang menjadi kekeliruan untuk digunakan sebagai kata hubung. Benarkah, tiada perkataan di mana sebagai kata hubung, sebaliknya perlu menggunakan yang mana untuk menghubungkan ayat? Sekian, terima kasih "Sepanjang tahun ini, pelbagai perancangan dan aktiviti berimpak tinggi telah dijalankan oleh LGM terutamanya di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di mana empat Projek Permulaan (EPP) telah dikenal pasti. ". | Perkataan "yang mana" dan "di mana" tidak digunakan kerana frasa ini lebih merupakan terjemahan langsung bagi perkataan which dan where dalam ayat penyata bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Berdasarkan ayat contoh yang diberikan, ayat yang gramatis "Sepanjang tahun ini, pelbagai perancangan dan aktiviti berimpak tinggi telah dijalankan oleh LGM terutamanya di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Empat Projek Permulaan (EPP) telah dikenal pasti di bawah NKEA". | Tatabahasa | 27.08.2012 |
tuan, saya ada beberapa soalan yang menimbulkan kekeiruan: 1. suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka.( kesalahan jawapan ialah sesama) 2. aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat.(kesalahan: bermasyarakat) 3. pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. (kesalahan:pengulas) 4. perkhidmatan layan diri.(kesalahan di mana?) 5. kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut.( kesalahan di mana?) 6. pelbagai jenis lauk-pauk( kesalahan di mana?) | 1. Suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka. - sesama bermaksud antara, ayat ini betul 2. Aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat. - yang betul 'aktivitis masyarakat', iaitu kata majmuk 3. Pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. - ayat ini betul kerana pengulas ialah orang yang bertugas memberikan ulasan terhadap kegiatan sukan itu 4. Perkhidmatan layan diri. - buang perkataan 'perkhidmatan' kerana tiada khidmat yang diberikan. 'Layan Diri' sahaja 5. Kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut. tiada kesalahan 6. Pelbagai jenis lauk-pauk - Frasa yang betul 'pelbagai jenis lauk' atau 'lauk-pauk' | Tatabahasa | 29.03.2011 |
Assalamualaikum, Saya bukan ingin membuat pertanyaan, tetapi ingin menegur pentakrifan perkataan ZAKAT yang dikeluarkan oleh pihak DBP untuk Kamus Dewan cetakan ke3 dan ke4. DBP menulis: --zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ...... (Kamus Dewan Edisi Tiga) -zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; .... (Kamus Dewan Edisi Empat) PErkara yang ingin ditegur di sini ialah, zakat bukan merupakan rukun Islam yang ke4, tetapi yang ke3, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: "Islam ialah: Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang berkuasa." (Hadis Sahih). Sekian, harap maaf. -Suryani Masnan- | Waalaikumsalam wbt. Terima kasih atas pandangan saudari yang begitu bernas. Untuk pengetahuan saudari, setiap entri yang berkaitan dengan agama atau kata yang berasal daripada bahasa Arab mempunyai panel penilainya tersendiri. Dan panel-panel tersebut terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Kebanyakan pakar yang terlibat datangnya dari universiti-universiti tempatan. Berbalik kepada soalan saudari. Sekiranya saudari merujuk kepada mana-mana kitab tauhid/aqidah, saudari akan dapati kedudukan 'zakat' itu di tangga yang keempat bukan ketiga. Kedudukan zakat dalam hadis yang disebutkan itu tidak bermaksud kedudukannya dalam keutamaan rukun Islam. Banyak laman web berbahasa Arab yang saya layari, kesemuanya merujuk bahawa zakat merupakan rukun Islam keempat. Sila rujuk juga kitab-kitab lain yang berkaitan rukun Islam. Jangan sekadar mengambil maksud langsung hadis tersebut. Lihat juga kepada kupasannya. | Lain-lain | 13.05.2009 |