Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dalam majlis tertentu, ada banyak ketua jabatan dan ketua unit hadir. Jadi, adakah kita menyebut ' ketua-ketua jabatan dan unit' ATAU ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit'? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah ketua-ketua jabatan dan unit. | Lain-lain | 21.04.2010 |
maksud lain bagi stesyen,zon.bagi mengambarkan satu kawasan lingkungan.lebih kemelayuan.macam nama stesyen tv. | Maksud stesen ialah tempat, iaitu tempat yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu. Manakala zon bermaksud kawasan yang mempunyai sifat tertentu untuk tujuan tertentu. Ungkapan yang lazim ialah stesen televisyen. | Makna | 02.11.2009 |
adakah kaedah tertentu untuk memastikan satu-satu istilah tertentu itu ditulis satu perkataan atau dua perkataan? contoh, "rumah tangga" ditulis dua perkataan yang berasingan manakala "sukarela" ditulis satu perkataan. | kata majmuk yang mengandungi kata dasarnya dua perkataan, dan telah dianggap mantap dan utuh dieja dengan satu perkataan iaitu berlakunya pengecualian, boleh rujuk buku Tatabahasa Dewan, hlm 132. Begitu juga dalam kes yang saudara nyatakan, sukarela adalah perkataan yang telah mantap dan utuh dan wajib dieja satu perkataan. | Makna | 30.11.2007 |
Maksud bilangan tertentu | Maksud bilangan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah jumlah (banyak) barang dll. Tertentu pula ialah sudah ditentukan. | Makna | 02.12.2009 |
Adakah ayat dibawah betul... ....bergantung pada pihak-pihak tertentu... atau ....bergantung kepada pihak-pihak tertentu... | Frasa 'bergantung pada' merupakan frasa yang betul. Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 07.09.2011 |
apa maksud BILANGAN TERTENTU | Maksud bilangan merujuk Kamus Dewan ialah jumlah (banyak) barang dan lain-lain. Tertentu pula ialah sudah ditentukan, dengan kata lain ialah jumlah yang telah ditentukan. | Makna | 05.12.2009 |
Apa maksud badan bebas? | Badan bebas ialah badan atau pertubuhan atau kumpulan yang sama ada dilantik oleh pihak tertentu atau diwujudkan atas matlamat tertentu yang tidak dikongkong, tidak terikat atau tidak dikuasai oleh pihak lain. Contoh : pihak kerajaan melantik kumpulan pakar untuk mengkaji kesan pencemaran alam sekitar akibat pembuangan sisa toksid, maka badan tersebut diberi kuasa atau kebebasan untuk melaksanakan tugasnya tanpa dikongkong oleh pihak kerajaan. | Makna | 27.05.2008 |
sukuk | SIJIL YANG MENUNJUKKAN BUKTI PEMILIKAN DAN HAK TUNTUTAN PEROLEHAN. PEMEGANG SIJIL BOLEH MEMILIKI ASET MENGIKUT KADAR TERTENTU. PEROLEHAN BOLEH DITUNTUT OLEH PEMEGANG SIJIL BERDASARKAN PRINSIP TERTENTU SEPERTI PRINSIP IJARAH, MUSYARAKAH DAN MUDARABAH. SEKIRANYA ASET TERSEBUT BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI SIJIL ASET KEWANGAN BOLEH NIAGA. SEBALIKNYAN JIKA ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI SIJIL KUPON SIFAR TIDAK BOLEH NIAGA. CONTOHNYA SUKUK IJARAH, SUKU MUDARABAH DAN SUKUKMUSYARAKAH. | Istilah | 22.10.2010 |
krisis ketidakyakinan terhadap bahasa melayu | Krisis ketidakyakinan terhadap bahasa Melayu berkemungkinan besar hanya dialami oleh individu tertentu yang berasa kurang yakin akan keupayaan bahasa Melayu untuk digunakan dalam urusan tertentu. Ini mungkin disebabkan pihak berkenaan tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik. | Lain-lain | 28.03.2007 |
Saya ingin meningkat penguasaan Bahasa Malaysia anak-anak saya yang berumur 10, 12 dan 13. Apakah cara-cara tertentu yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa mereka ? Saya sudi untuk membeli novel-novel tertentu kalau ini caranya. Apakah novel-novel remaja DBP yang boleh dibeli untuk tujuan demikian ? | Salah satu cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan anak-anak ialah dengan memperbanyak bahan bacaan berbahasa Melayu termasuklah akhbar, majalah dan buku. Jika saudara berminat untuk mendapatkan majalah/buku terbitan DBP boleh mendapatkannya di kedai buku berhampiran atau berkunjung ke Kedai Buku DBP di Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 11.08.2010 |