Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
APAKAH PERBEZAAN PENGGUNAAN PERKATAAN BERSISTEM DAN BERSISTEMATIK. CONTOH AYAT: Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat bersistem ialah ada sistemnya, menurut sistem, sistematik. Sistematik pula ialah berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu pengetahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai sesuatu sistem. Perkataan bersistem lebih sesuai digunakan berbanding bersistematik. Perkataan bersistematik tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM. Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem, kita dapat mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah? 1) Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung yang tersusun itu. 2) Pak Long masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut.(SESUAIKAH PERKATAAN TEGUH DIGUNAKAN DALAM AYAT INI?) Mohon penjelasan daripada pihak tuan sekiranya ada kesalahan dari segi frasa atau penggunaan perkataan | 1) Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung yang tersusun itu. Kesalahan banyak rakan-rakan - frasa ini telah lewah. rakan-rakan telah menunjukkan banyak. Tidak perlu banyak rakan-rakan. Memadai rakan-rakan. 2) Pak Long masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut. teguh- kurang sesuai dalam konteks ayat di atas. Perkataan yang paling tepat ialah kuat.
| Tatabahasa | 17.08.2012 |
selonggok pinggan atau setimbun pinggan ( beberapa keping pinggan yang tersusun) | Longgok bermaksud himpunan atau timbunan. Oleh itu, selonggok pinggan sama maksudnya dengan setimbun pinggan. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
DEFINISI PENGINDAHAN BANDAR | Kamus Dewan mentakrifkan kata pengindahan; perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya. | Makna | 10.06.2009 |
1)Apakah sebutan perkataan -beratur ? ( ber.a.tur )stay (be.ra.tur ) 2) Apakah maksud -nya ? Adakah juga membawa maksud mereka ? Terima kasih. | 2. Sebutan yang betul ialah be.ra.tur. 2. Beratur sama maksudnya dengan tersusun. | Tatabahasa | 11.10.2012 |
Tuan, Apakah perbezaan di antara "bertaburan" dan "berselerakan" ? Jawaban yang paling tepat untuk ayat di bawah ialah "bertaburan" atau "berselerakan"? 1) Buku sekolahnya ______ di atas mejanya. Sekian terima kasih. | Buku sekolahnya bertaburan/berserakan di atas mejanya. Berserakan bermaksud tidak tersusun atau tidak kemas, atau bertaburan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berserakan. | Makna | 23.04.2012 |
ADAKAH METAFORA MEMPUNYAI PELBAGAI JENIS. BERIKAN CONTOHNYA. BAGAIMANAKAH PERKAITAN METAFORA DALAM KEHIDUPAN HARIAN. | Metafora merupakan gaya bahasa kiasan atau perbandingan yang membawa maksud lain daripada makna biasa kata atau frasa tersebut atau makna sebenar perkataan berkenaan sebagai perbandingan atau kiasan yang biasa terdapat dalam sajak/ puisi. Sifat gaya bahasa ini ringkas, padat, tersusun rapi dan biasanya terdiri daripada 2 perkataan. Jenis-jenis Metafora: 1. metafora implisit pengucapan yang mengandungi unsur-unsur bandingan yang memang tersirat sifatnya. 2. metafora rancu - penggunaan /percampuran dua atau lebih unsur metafora dalam sesuatu pernyataan 3. metafora usang - metafora atau kiasan yang tidak lagi mempunyai keaslian penyairnya, contoh 'merpati putih' dan 'bendera putih'. Perkaitan metafora dalam kehidupan ialah penggunaan metafora digunakan untuk menyampaikan pemikiran, perasaan, tindakan secara tidak langsung dan berhemah, malah mampu mendidik pendengar untuk memikirkan maksud di sebalik kata-kata yang ditulis/diucapkan. | Sastera | 01.04.2012 |
Bolehkan perkataan "seusai" digunakan dalam ayat berikut: Saya bertemu dengannya seusai program itu? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, usai ditakrifkan sebagai 1. sudah selesai, berakhir, bubar (perayaan dll.); 2. tidak tersusun rapi, terurai (rambut); 3. sudah selesai (dikerjakan); 4. sudah lampau, sudah berlalu. Perkataan sudah pula ditakrifkan telah siap sedia, lengkap, selesai, telah berlaku. Sesudah bererti setelah sudah, sehabis, selepas. Sudah ialah kata kerja bantu aspek yang menerima imbuhan se-. Daripada pengimbuhan itu timbullah sesudah, yang berfungsi sebagai adverba waktu. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar, hlm. 204-205.) Perkataan seusai, dengan maksud sesudah digunakan dalam pengucapan sastera berdasarkan kebebasan seni (poetic license). Untuk pengucapan umum perkataan sesudah digunakan. | Sastera | 04.05.2011 |
mcm mana maksud ayat ini..di sudut luar rumah terdapat bebberapa buah pasu bunga yang tidak bersusun dan terbiar di bawah pangkal pokok.sebuah daripada pasu itu tergolek dan pecah.tanah dan pokok bunga terkeluar daripada pasu tersebut.kelihatan juga sebahagian roda basikal terletak berhampiran | Dalam bentuk biasa ayat ini menceritakan keadaan pasu bunga yang tidak tersusun dan terbiar yang terletak di bahagian luar rumah. Walau bagaimanapun dalam bentuk kreatif ayat ini mungkin mengandungi makna yang tersirat disebaliknya. Hal ini perlu diperhalusi dengan lebih mendalam lagi. | Lain-lain | 19.11.2008 |
Saya Sarina Kasa sedang belajar bahasa melayu dasar di pusat bahasa antarabangsa ,UIY,Thailand., ingin bertanya DBP, berapakah bilangan huruf Hijaan edisi jawi, mengikut dewan bahasa. terima kasih. | Untuk makluman puan, sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk tunggal yang tersusun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Pedoman Ejaan Jawi yang digunakan kini sila dapatkan Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) edisi terkini. | Ejaan | 07.11.2013 |