Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang daripada tersumbat. Berdasarkan ayat di atas, penggunaan daripada tidak boleh digunakan sebelum kata kerja tersumbat. Jadi, apakah cadangan ayat daripada pihak DBP untuk membetulkan ayat ini? Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang tersumbat.” | Tatabahasa | 25.07.2024 |
Saya ingin bertanya tentang terjemahan bahasa Melayu untuk tajuk thesis saya iaitu "Efferocytosis of oxidized low-density lipoprotein generated apoptotic bodies by primary M1 and M2 macrophages: A comparison between non-obstructive and obstructive coronary artery disease patients" "Efferositosis jasad apoptotik yang dijana lipoprotein ketumpatan rendah teroksida oleh makrofaj primer M1 dan M2: Perbandingan antara pesakit penyakit arteri koronari tidak tersumbat dan tersumbat" Mohon disemak dengan sebaiknya. Terima kasih. | Berdasarkan semakan kami, kami berpandangan bahawa tajuk yang telah diterjemahkan "Efferositosis apoptopik yang dijana lipoprotein ketumpatan rendah teroksida oleh makrofaj primer M1 dan M2: Pebandingan antara pesakit penyakit arteri koronari tidak tersumbat dan tersumbat" adalah betul. | Lain-lain | 18.04.2022 |
pengusaha restoran itu dikehendaki -------------- daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. apakah jawapan yg paling sesuai.. memberhentikan atau menghentikan.. | Perkataan yang paling tepat ialah "berhenti". Pengusaha restoran itu dikehendaki berhenti daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. | Tatabahasa | 28.10.2013 |
Salam sejahtera, a)Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tersumbat. b)Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tidak tersumbat. (Ayat a atau b betul?) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah ayat A, “Di samping itu, kita perlu membersihkan longkang yang penuh dengan sampah sarap supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tersumbat.”
| Tatabahasa | 31.03.2024 |
Apa beza antara 'terhadap', 'mengenai', dan 'tentang'? Contoh ayat: Haris membuat laporan.......masalah longkang tersumbat di kawasan perumahannya. Apakah jawapan yang sesuai untuk diisi? Terangkan 3 perbezaan penggunaan perkataan itu. | Ayat yang betul ialah “Haris membuat laporan tentang masalah longkang tersumbat di kawasan perumahannya.” Perbezaan penggunaan terhadap, mengenai dan tentang adalah seperti yang berikut: Terhadap - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua. Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contoh: Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan. Tentang - digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarab. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: Mereka berbincang tentang masalah negara. | Tatabahasa | 03.11.2020 |
Adakah terdapat kekecualian yang membolehkan kata sendi berada di hadapan kata kerja. Contoh: Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang daripada tersumbat. Jika tidak boleh, apakah cadangan ayat yang tepat untuk ayat di atas. | Ayat yang betul ialah “Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang tersumbat.”
| Tatabahasa | 23.07.2024 |
Adakah terdapat kekecualian yang membolehkan kata sendi berada di hadapan kata kerja. Contoh: Kita perlulah sentiasa membersihkan longkang untuk mengelakkan longkang daripada tersumbat. | Kata sendi nama ialah perkataan yang digunakan di hadapan kata atau frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, perkataan "untuk" merupakan kata hubung keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama dalam ayat majmuk. Selain itu, kata sendi nama "daripada" hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, (DBP, 2015), halaman 265 dan 518. | Tatabahasa | 15.07.2024 |