Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
makna isi tersirat dan tersurat dalam teks sastera. | tersurat 1. telah ditulis, tertulis, tercatat: tersirat 2. ki terkandung atau tersembunyi (di dalam sesuatu): Berdasarkan makna di atas, dalam sesebuah karya sastera sama ada puisi, cerpen, novel dan drama terdapat isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat ialah makna yang secara umum dapat difahami oleh semua orang atau pembaca sesebuah karya sastera. Isi tersirat pula makna lain yang mungkin ingin disampaikan oleh pengarang sesebuah karya sastera. Makna tersirat ini perlu dikaji dan diteliti berdasarkan pemikiran yang terdapat dalam sesebuah karya sastera. Contoh karya yang padat dengan isi tersirat ialah puisi kerana sesebuah puisi yang ditulis oleh seseorang penyair biasanya mempunyai makna lain selain makna yang tersurat. | Lain-lain | 21.10.2009 |
"salam dbp, selain daripada acara ilmu tersirat apakah perkataan bahasa malaysia yang boleh digunakan bagi perkataan ini " Tacit Knowledge Event"" | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "tacit knowledge event" dalam pangkalan data kami. Sealain "tersirat", terdapat beberapa padanan bahasa Melayu yang lain untuk "tacit", iaitu termaklum, tasit, diam, pendam dan senyap. Perkataan lain untuk "event" ialah peristiwa, kejadian dan kegiatan. Oleh itu, pemilihan perkataan yang sesuai bergantung pada konteks penggunaan. | Istilah | 12.12.2013 |
Apakah perkataan bahasa malaysia yang sesuai bagi low hanging fruit? | Terdapat padanan bahasa Melayu untuk maksud tersurat dan tersirat bagi frasa “low hanging fruit”. Untuk padanan maksud tersurat, frasa tersebut merujuk pada “buah yang paling mudah dicapai pada pokok”. Untuk padanan maksud tersirat, frasa tersebut bermaksud “melaksanakan perkara yang mudah terlebih dahulu”. Padanan terjemahan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 23.10.2024 |
aslkm...saya mohon pandangan tuan tentang kenyataan ayat ini..."SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK MENGIKUTI PERATURAN MASA BERTUGAS MSSM 2010". Berikan maksud yang tersirat dalam ayat ini.tkasih. | Penyataan ini bermaksud surat tunjuk sebab kerana tidak mengikuti peraturan masa bertugas yang telah ditetapkan dalam MSSM 2010. Untuk mendapatkan maksud yang tersirat sila rujuk pihak yang mengeluarkan ungkapan yang tersebut. | Tatabahasa | 22.04.2010 |
Tolong jelaskan maksud tersirat bagi frasa di bawah. i. "Hai encik, jangan bersorak dahulu, itu anak raja berlabuh tirai!" (maksud berlabuh tirai) ii. "Jangan tuan-tuan bersorak dahulu, itu anak raja berpangkas gombak." (maksud berpangkas gombak) Sekian, terima kasih. | Tidak ada perkataan berlabuh tirai dalam pangkalan data kami, perkataan yang ada ialah tirai berlabuh yang bermaksud berhenti atau singgah. Gombak bermaksud jambul dan berpangkas bermaksud bergunting. Perkataan berpangkas gombak diungkapkan dalam cerita Melayu klasik yang bermaksud bergunting jambul/rambut. | Tatabahasa | 31.03.2012 |
apakah maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan 'belia benci dadah'? perlukan jawapan segera.. | Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada maklumat berkaitan slogan 'Belia benci dadah'. Sila rujuk agensi yang menggunakan slogan tersebut dalam kempen/promosi kegiatan yang dianjurkan. | Lain-lain | 13.02.2011 |
Peribahasa melayu membawa banyak makna tersirat sebagai medium komunikasi. Adakah peribahasa seperti "seperti kacang lupakan kulit". "gunting dalam selimut", marahkan nyamuk kelambu dibakar" boleh dikatakan membawa suatu konotasi negatif kepada masyarakat melayu? kerana peribahasa terhasil daripada ketajaman pemerhatian orang dahulu kala. | Peribahasa Melayu ialah salah satu medium komunikasi yang tercipta hasil daripada tuturan mulut ke mulut dan kemudian diwarisi kepada satu generasi kepada satu generasi sebagai satu etos bangsa. Etos ialah sistem nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sifat sesebuah masyarakat diandaikan terbit daripada sistem nilai yang menjadi panduan kepada kehidupan mereka sebagai sebuah masyarakat yang terbentuk atas persetujuan para anggotanya untuk patuh kepada sesuatu pegangan hidup secara bersama. Pegangan hidup itu ialah nilai hidup yang menjadi ukuran kepada apa-apa yang baik dan tidak baik. Oleh itu, ketiga-tiga peribahasa di atas tidak membawa konotasi negatif, tetapi sebaliknya sebagai satu ingatan atau pesanan kepada pendengarnya agar tidak bersifat sedemikian. Secara tidak langsung, peribahasa-peribahasa tersebut ingin mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu sangat berpegang kepada nilai-nilai atau etos yang baik demi kerukunan hidup bersama. | Sastera | 19.08.2024 |
Selamat petang cikgu. Cikgu boleh bagi saya isi tersurat & tersirat keburukan penggunaan plastik yang boleh digunakan untuk menulis karangan tak? Terima kasih cikgu. | Kami mencadangkan saudara untuk merujuk guru atau pengajar di sekolah. Namun, sekiranya saudara ingin membuat rujukan tambahan seperti tesis, kertas kerja, buku atau artikel, saudara boleh melayari laman web http://pustakav2.dbp.gov.my/ | Lain-lain | 04.10.2021 |
pada pandangan pihak DBP, apakah maksud tersurat dan maksud tersirat slogan 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan? perlukan jawapan segera..terima kasih. | Slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri kita. Sila rujuk laman web rasmi YAB Perdana Menteri atau Jabatan Penerangan Malaysia untuk memperoleh maklumat yang berkaitan. | Lain-lain | 13.02.2011 |
apakah yang dimaksudkan slogan sebagai mesej yang tersurat dan tersirat? | Slogan ialah kata-kata yang dijadikan pegangan atau panduan sesuatu pertubuhan, kempen dan sebagainya. Slogan mestilah jelas dan mudah difahami dan lazimnya membawa maksud yang tersurat sahaja. | Makna | 13.01.2011 |