Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Perasaan Mak Limah benar-benar ( terluka , terharu ) dengan perbuatan anak-anaknya. Apakah jawapan yang paling sesuai ? Terima kasih.. | Perasaan Mak Limah benar-benar terluka dengan perbuatan anak-anaknya. Terluka bermaksud perasaan yang sakit, pedih kerana kecewa. | Tatabahasa | 24.09.2009 |
Salam sejahtera. Ayat : Ibu risau kamu akan terluka jika barangan kaca atau kristal itu ( terjatuh , jatuh). Perkataan mana tepat, terjatuh atau jatuh? Terima kasih. | Salam sejahtera. Perkataan yang tepat bagi ayat tersebut ialah "Ibu risau kamu akan terluka jika barangan kaca atau kristal itu terjatuh. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Dendam dalam perkara ini merujuk kepada/pada orang yang terluka akibat disakiti. | Frasa yang betul dalam ayat tersebut ialah merujuk kepada. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Saya sedang membuat kajian tentang pesanan datuk dan nenek moyang dahulu kala. Contohnya, "Jangan ketip kuku waktu malam, nanti hantu datang". Maksud tersirat, dinasihatkan jangan ketip kuku pada waktu malam kerana takut jari terluka. Saya ingin bertanya sekiranya terdapat penulisan tentang pesanan datuk nenek moyang ini. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Cerita peribahasa: bidalan/Buku 7 Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Penerbitan Kintan sdn. Bhd. 1995 2. Himpunan peribahasa dan simpulan bahasa KBSM Mohd. Tajudin Hashim S. Abdul Majeed 1990 3. Kamus istimewa peribahasa Melayu [tiada pengarang] Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 4. Adat dan pantang larang orang Melayu A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995 . 5.Pantang larang orang Melayu tradisional Wan Ramli Wan Muhammad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 | Lain-lain | 23.07.2007 |